GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 22, 2015

CERAMAH KESIHATAN SELEPAS BANJIR

21 JANUARI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1





Satu ceramah kesihatan selepas banjir telah diadakan pada hari ini kepada semua murid tahap 2, tahun 4, 5 dan 6 oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Kubang Kerian. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khusunya dan warga sekolah amnya terutama dalam menjaga kesihatan selepas banjir.

Objektif Utama Program :-
  • Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
  • Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul terutama menjaga kesihatan selepas banjir.
  • Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran kesihatan yang berkesan.
  • Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.