GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 18, 2015

WARNA WARNI PERISTIWA PERHIMPUNAN PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015

18 JANUARI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1


 









Perhimpunan pertama sesi persekolahan 2015 telah diadakan pada pagi ini dengan diwarnai oleh pelbagai aktiviti dan peristiwa. Antaranya :-
1. Penyampaian Sijil Penghargaan Kem Penulisan Penulis Tunas Super Peringkat Kebangsaan 2014 kepada 5 orang murid SKKK1 yang telah mewakili sekolah dalam Kem tersebut.
2. Penyampaian Sijil Penghargaan Tokoh Murid Lelaki Penulis Tunas Super Peringkat Kebangsaan 2014 kepada salah seorang murid SKKK1 yang menyertai Kem tersebut pada Disember, baru-baru ini.
3. Penyampaian hadiah dan cendehati kepada semua murid tahun 1 yang telah memenangi beberapa acara yang telah diadakan sepanjang minggu teransisi pada seminggu yang lepas.
4. Penyampaian sumbangan derma kepada semua guru-guru SKKK1 yang telibat dengan banjir baru-baru ini, hasil kutipan derma daripada semua warga sekolah.

Dalam ucapan ringkas perhimpunan pagi ini, Tn Guru Besar telah memperkenalkan dan mengucapkan selamat datang kepada seramai 7 orang guru baru SKKK1 yang mula melaporkan diri pada awal tahun baru-baru ini. Beliau turut memaklumkan beberapa orang guru SKKK1 yang telah berpindah kesekolah lain awal tahun ini. Seterusnya beliau berharap agar semua murid dan guru akan sentiasa bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang dalam semua bidang yang diceburi disekolah . Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.