GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 15, 2018

MAJLIS LAMBAIAN KASIH JASAMU DI KENANG

15 OGOS, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1









 
 








Majlis Lambaian Kasih Jasamu Di Kenang sempena Persaraan Tn Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh telah diadakan dengan penuh meriah. Majlis makan malam bersama Tn Guru Besar dan warga SKKK1 telah di adakan di Hotel Perdana Kota Bharu pada 13 Ogos, 2018 dan majlis lambaian kasih telah di adakan pada 14 Ogos, 2018 bertempat di SKKK1 dengan bertemakan Kesultanan Melayu @ Songket. 

Penyampaian surat perlantikan guru besar SKKK1 yang baharu En Mohd Zaidi dari SK Kota, Kota Bharu turut di adakan pada majlis makan malam tersebut. Surat perlantikan telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu Tn Hj Mohd Ezani bin Awang.
 
Sedikit Latar Belakang  dan perjalanan sebagai pendidik selama 37 tahun :-
  • Dilahirkan pada 15 Ogos, 1958 di Kg Kenali Kubang Kerian.
  • Mendapat pendidikan awal di SK Kubang Kerian 1 (Tahun 1- Tahun 6)
  • Meneruskan pendidikan menengah di SMK KUbang Kerian 1 (Ting 1 - Ting 5). SM Sultan Ismail Petra tahun 1976 - 1977 (Ting 6 bawah dan atas)
  • Meneruskan pengajian ke IPGM Kota Bharu 1979 - 1980.
  • Memperolehi Ijazah Pengurusan Pendidikan (UPSI 2005).
  • Memulakan tugas sebagai pendidik pada tahun 1981 SK Bertam.
  • SK Sultan Ismail 1 - 1984 - 1985.
  • SK Sultan Ismail 3 - 1989 sebagai PK Kokurikulum
  • SK Sultan Ismail 4 - 1994
  • SK Mentuan - 1995 sebagai PK Pentadbiran
  • SK Mentera - 1996 - 1997 sebagai Guru Besar
  • Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan - 1997 - 2003
  • SK Kubang Kerian 1 - 16 Mac 2003 hingga bersara 15 Ogos, 2018
Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bersara dan selamat berehat kepada Tn Guru Besar. Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan pada hari-hari seterusnya. Insyallah...


No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.