GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 8, 2018

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN

7 JUN 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADHAN 2018
TARIKH : 7 JUN 2018
MASA : 8.00 PAGI - 12.45 TGH
TEMPAT : ANJUNG MCN



Majlis penutup Ihya Ramadhan 2018 peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh, Guru Besar SKKK1. Dalam ucapan perasmiannya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan serta warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan setiap program atau aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga segala penat lelah serta pengorbanan yang telah dicurahkan seanjang melakasanakan aktiviti akan mendapat balasan keberkatan yang setimpal dari Allah SWT. Insyallah.

Sejurus selepas ucapan perasmian, tuan guru besar menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam setiap aktiviti yang telah diadakan sepanjang program Ihya Ramadhan. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan majlis penyampaian Zakat kepada semua murid yang berkelayakan. Majlis berakhir jam 12.45 tgh.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.