GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 19, 2018

KAYUHAN EMAS 2018

19 APRIL, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1


Kayuhan Emas SKKK 1 Kali ke 9 - 2018.
SKKK 1 - DGeting beach resort
2 hari 1 malam











Kayuhan Berbasikal atau di kenali dengan Kayuhan Emas 2018 kali ke 9 bagi murid-murid SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada 18 dan 19 April 2018. Kayuhan pada tahun ini melibatkan 38 orang murid dari tahap 2, 19 orang guru pengiring dan turut di sertai oleh Tn Guru Besar sendiri, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Kayuhan bermula dari SKKK1 dan berakhir di D Geting Beach Resort sejauh 33 KM.
 
Sehubungan dengan itu Tn Guru Besar,  yang mengetuai pasukan berbasikal mengucapkan penghargaan terima kasih kepada sekolah terlibat yang telah bermurah hati menerima kunjungan rombongan berbasikal berhenti rehat. Selain itu penghargaan terima kasih juga buat kakitangan unit keselamatan HUSM, pasukan Polis Trafik Kota Bharu, guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini samada secara langsung atau tidak langsung. Harapan beliau semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.