"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"
18 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1
Jabatan Kesihatan, Bahagian Pergigian Hospital Besar Kota Bharu dengan kerjasama dari Syarikat Ubat Gigi Fresh & White telah mengadakan program 30 minit bersama murid-murid SK Kubang Kerian 1 pada pagi ini bermula jam 11.00 pagi. Beberapa acara menarik yang ringkas dan berkesan telah dijalankan bermatlamat untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang penjagaan gigi yang betul dan pemakanan yang sihat.
Program ini juga bermatlamat untuk berkongsi maklumat dengan murid-murid mengenai kepentingan dan cara penjagaan
gigi dan mulut dengan betul. Ianya juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan
Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan kanak-kanak
apatah lagi, kaviti masih menjadi masalah kesihatan gigi dan mulut
paling utama di dunia. Selama tempoh 30 minit tersebut, murid-murid di ajar cara memberus gigi dengan betul, penggunaan ubat gigi yang sesuai untuk murid tahap 1 dan tahap 2, pemakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan gigi, kuiz mengenai penjagaan gigi dan sebagainya. Semua murid mendapat manafaat yang berguna dengan program ini dan seterusnya terhibur dengan beberapa aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment