GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 2, 2018

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2018

1 MAC 2018 - SK KUBANG KERIAN 1












Temasya sukan tahunan SKKK1 bagi tahun 2018 telah diadakan dengan jayanya bermula 27 Februari hingga 1 Mac 2018. Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan sepanjang temasya sukan tahunan tersebut. Pada hari ini acara dimulakan dengan perarakan masuk kontigen perbarisan setiap rumah sukan, bacaan ikrar dan pelbagai acara balapan. 
 
Dalam ucapan ringkas Tn. Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang begitu padu dalam menjayakan temasya sukan tahunan pada kali ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak adalah amat sukar untuk menjayakan temasya sukan yang gilang gemilang ini. Kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam temasya sukan pada tahun ini, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga semua murid SKKK1 terus cemerlang pada masa akan datang. Insyallah

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.