GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 30, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36

30 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1








Mesyuarat agung PIBG kali ke 36 dan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan murid SKKK1 tahun 2015 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1.Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Hj Anuar b. Hj Safian, Timbalan Umno Bahagian Kubang Kerian. Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar , Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Datuk Hj. Anuar b. Hj. Safian kerana sudi mewakili Datuk Muhammad b. Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian yang tidak dapat hadir pada pagi ini. Seterusnya beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Datuk Hj Anuar b. Hj Safian kerana telah dianugerahkan gelaran Datuk baru-baru ini. Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama pada pagi ini, seterusnya tahniah dan syabas kepada semua penerima hadiah pada petang ini, terima kasih kepada para penderma yang sudi menderma hadiah cabutan bertuah pada hari ini.

Sekalung ucapan tahniah juga ditujukan kepada AJK PIBG yang baru dipilih dan dilantik pada pagi ini. Kesempatan yang ada pada hari ini, beliau turut memaklumkan pembinaan surau Al-Fateh SKKK1 telah mencapai 80% siap. Lebih kurang RM 50 000 lagi diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan surau tersebut. Oleh itu pohon sumbangan kewangan daripada semua ibu bapa agar dapat menyiapkannya dalam masa terdekat. 

Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menghantar usul mesyuarat agung PIBG pada pagi ini. Semua usul yang dikemukakan akan dibincangkan dan akan diambil tindakan dalam mesyuarat AJK PIBG dalam masa terdekat. Tn.Guru Besar juga turut memaklumkan pihak sekolah ada menyediakan kotak simpanan barang-barang yang boleh disewakan oleh semua murid dengan sewaan RM10 sebulan atau RM70 setahun. Kepada ibu bapa yang berminat diminta berhubung dengan pihak sekolah dalam masa terdekat. 

Beliau turut berpesan kepada semua ibu bapaanak-anak tahun 5 agar hadir ke kelas KAFA diwaktu petang kerana murid-murid tahun 5 akan menduduki peperiksaan UBKK di akhir tahun 2016 nanti sebagai salah satu kelayakan utama untuk memasuki sekolah aliran agama di tingkatan 1 nanti.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.