GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 3, 2017

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

3 JULAI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1




 





Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini dengan meriah sekali. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan semua warga sekolah di tapak perhimpunan pagi. Seterusnya Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyampaikan ucapan ringkas tentang kebesaran sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam setelah dapat melaksanakan kewajipan berpuasa selama satu bulan. Pada bulan yang mulia ini umat islam dituntut untuk bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Beliau berharap agar majlis yang diadakan pada pagi ini akan memberi peluang kepada semua warga SKKK 1 untuk merapatkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung majlis ini juga dapat mewujudkan semangat kekeluargaan, perpaduan, bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Dalam ucapannya, Tn Guru Besar berharap walaupun semangat kekeluargaan ditempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri namun ianya tidak kurang penting dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi. Diakhir ucapannya beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SKKK 1 dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada hari ini.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.