GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 2, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

02 MEI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

 Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) SK Kubang Kerian 1 dan SK Demit telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung Bestari SK Kubang Kerian 1. Seramai lebih kurang 500 orang ibu bapa dari kedua-dua sekolah telah memeriahkan majlis untuk mengambil bantuan tersebut yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Azizi b. Nik Mohamed, Pegawai j-Qaf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu (PPD KB). Dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sama-sama bersyukur di atas rezeki yang diberikan dan menasihatkan kepada semua hadirin agar menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk perkara berfaedah berkaitan dengan pelajaran anak masing-masing.



Sebelum itu, Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya turut memaklumkan pelbagai kemudahan serta bantuan yang diterima oleh murid-murid khasnya murid-murid SKKK1 sepanjang tahun persekolahan. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :-
  1. Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1 bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah Pembelajaran.
  2. Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada 196 orang murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari bermula jam 7.00 pagi
  3. Susu percuma - diberikan kepada 196 orang murid yang menerima RMTS
  4. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  5. Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang belajar di SKKK1 pada awal tahun 2013 baru-baru ini
  6. Wang Ehsan kepada 204 orang murid
  7. E-Kasih akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 32 orang murid 
  8. Wang Ehsan untuk anak yatim RM200 seorang



Turut hadir dalam majlis tersebut, Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian, Calon Barisan Nasional Parlimen Kubang Kerian. Dalam ucapan ringkasnya, beliau juga menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sentiasa bersama-sama berganding bahu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran anak masing-masing. Pendidikan yang sempurna, cemerlang dan gemilang hanya dapat di realisasikan dengan adanya sokongan serta kerjasama dari semua pihak, antara pihak sekolah dan para ibu bapa semua. Beliau juga menyeru kepada semua  agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas segala bantuan serta kemudahan yang diberikan kepada semua, khasnya dalam bidang pendidikan dari semasa ke semasa.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.