PORTAL UTAMA SKKK1
MENGGEMILANGKAN AKADEMIK, MEMBUDAYAKAN ICT

Oct 11, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID DAN JAMUAN KESYUKURAN

"Menggemilangkan Akademik"














11 OKTOBER, 2012 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid dan Jamuan Kesyukuran pada tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Hj. Anuar b. Hj. Safian, Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Negeri Kelantan. YDP dan semua AJK PIBG SKKK 1 turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini. Dalam ucapan ringkasnya, Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh memaklumkan jamuan makan tengahari pada hari ini di masak secara kerjasama oleh semua guru dan kakitangan SKKK 1 yang diketuai oleh PK Pentadbiran, Pn. Hj. Wan Rosnani bt. Wan Hamat. Manakala daging lembu adalah sumbangan daripada YBhg Hj. Anuar b. Hj. Safian. Sebagai wakil (seluruh warga sekolah) beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan dan semoga dimurahkan rezeki dan diberkati hendaknya. Dalam ucapan ringkasnya juga, Tn. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru, kakitangan, AJK PIBG, Ibu bapa, para dermawan, murid-murid dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak, aktiviti/majlis seperti hari ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Majlis ini merupakan aktiviti wajib yang diadakan pada setiap tahun bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga bidang Kokurikulum. Seramai 122 orang murid bermula dari Pra Sekolah hingga tahun 6 telah diraikan pada hari ini. Manakala seramai 70 orang murid tahun 6 yang mendapat 8A dalam UPKK 2011 turut diberi hadiah penghargaan. Tidak ketinggalan juga, semua murid (51 orang) yang mendapat 5A dalam UPSR 2011 turut dijemput untuk menerima hadiah penghargaan dari pihak sekolah. Dalam majlis yang sama juga penghargaan turut diberikan kepada 6 orang murid SKKK 1 yang telah menunjukkan  kecemerlangan dalam bidang Kokurikulum sepanjang tahun 2012 dan turut diberi penghargaan kepada 2 orang murid yang menjadi Tunas Harapan SKKK 1.

Murid Cemerlang Kokurikulum 2012 :-
1. Bola Sepak - adik Muhamad Asyraf Hanif b. Zaimi (6K)
2. Bola Baling - adik Muhammad Syahiran b. Azman (6S)
3. Tenpin Boling - adik Nik Muhammad Mumtazi b. Ahmad Kamel (5K)
4. Skuasy - adik Nik Nur Hanis Fatma Elzahraa bt. Nik Abdul Aziz (5K)
5. Tenis - adik Nurezzatiey Wahyuniey bt. Nizam (6C)
6. Tekwando - adik Tg. Aisyah Nadhirah bt. Tg. Brahanudin (5C)

Tunas Harapan SK Kubang Kerian 1
1. Adik Muhamad Asyraf Hanif b. Zaimi (6K)
2. Adik Nurezzatiey Wahyuniey bt. Nizam (6C)



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

:: Kenangan Terindah Di Skkk1...::

Motivasi Kepimpinan & Watikah Pelantikan

::Pembudayaan ICT Skkk1::

::Sekitar Sambutan Maulidurrasul Dan Kesyukuran::

  ©Template by Dicas Blogger.