GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 12, 2014

LAWATAN PENSYARAH DAN PELAJAR DARI IPGM KB

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

12 Februari, 2014 SK KUBANG KERIAN 1








Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada rombangan daripada IPGM Kampus Kota Bharu yang terdiri daripada pelajar-pelajar sem 1 dan 5 serta beberapa orang pensyarah kerana sudi memilih SKKK1 sebagai destinasi lawatan untuk pemantauan pengurusan kelas Pendidikann Khas Masalah Pembelajaran dan Kelas Pra Pendidikan Khas. Semua ahli rombangan telah diberi taklimat ringkas oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail tentang Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK1. Turut serta dalam taklimat ringkas tersebut ialah Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak IPGM KB, kerana sudi datang ke SKKK1. Beliau berharap agar semua guru pelatih dapat menimba ilmu sebanyak-banyaknnya dan mengutip pengalaman sebaik-baiknya bersama murid pendidkkan khas di sekolah ini. Semoga ilmu yang diperolehi hasil dari lawatan ini akan gunakan sebaik-baiknya oleh semua guru pelatih apabila berhadapan dengan situasi sebenar murid-murid pendidikan khas samada semasa bergelar guru pelatih atau setelah menjawat jawatan sebagai guru pendidikan khas suatu hari nanti. Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.