GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 22, 2010

::Taklimat Aset::

Kubang Kerian-tanggal 22 Februari 2010-Satu taklimat Aset telah diadakan di makmal Hotmail.Com.Taklimat ringkas ini diberikan khusus kepada semua guru dan kakitangan Skkk1 yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan,selenggaraan dan penyimpanan  hartamodal dan inventori peringkat sekolah.Taklimat ini diberikan oleh salah seorang programmer yanng sudah tidak asing lagi di daerah Kota Bharu ini.Guru-guru dan kakitangan yang  yang terlibat dengan pengurusan aset ini diketuai oleh Puan Norani Bt.Abdullah ( PK HEM ) selaku ketua Aset Skkk1,En.Wan Mahmud  Sabri B.Wan Idris-Ketua Pembantu tadbir(CC),Puan Halimah-pegawai kerani,Puan Wan Ramlah-Penyelaras Bestari,En.Sharkawi B.Ibrahim-Juruteknik FT17,Puan Tg.Norsilawaty Tg.Hassan-Prasekolah,Puan Nurul Aini bt.Ismail-Praintegrasi,En.Ruiz B.Ahmed mewakili Pen.Khas Skkk1.Kesemua personal yang terlibat telah diberikan pendedahan tentang kepenggunaan sistem aset.Puan Norani Bt.Abdullah selaku ketua aset SKKK1 berharap dengan taklimat dan pendedahan yang diterima pada hari ini,pengurusan Aset Skkk1 akan lebih teratur dan berada di tahap yang cemerlang.semoga barisan "Aset Skkk1"akan bekerja dalam satu pasukan yang mantap dan berjaya menjulang pengurusan Skkk1 ke tahap yang cemerlang......
 
Tekun mendengar taklimat....

 
Penerangan Aset.... 

 
Barisan Jawatankuasa Aset Skkk1....bekerja dalam pasukan

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.