GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 11, 2010

::Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Pasukan Guru-guru Skkk 1 Muncul Juara::

Kubang Kerian-10 Feb 2010-Pasukan Bola Sepak kelab Guru Sk. Kbg Kerian 1 telah muncul juara setelah Berjaya mengalahkan pasukan kelab guru Sk Padang Garong 1. Perlawanan ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di padang SMK Kubang Kerian 2 dan disaksikan oleh para penyokong dari kedua-dua pasukan.
          Pasukan Kelab Guru SKKK1 menewaskan pasukan kelab guru Sk Padang Garong 1 dengan 7 gol tanpa balasan, menerusi jaringan oleh En Harizan Hamid, Mohd Zuki Abd Ghani, Tuan Mohd Zani Tuan Soh, NoorIman b. Mohd Yusuf, Nik Aziz b. Ismail, dan Tn Hj Mohamed b. Che Noh.
          Pasukan Kelab Guru SKKK1 yang diketuai oleh En Mohamad Izani b. Mahmood kelihatan begitu ceria meskipun di saat itu mereka semua masih terasa bahangan keletihan akibat pertarungan yang sengit sebentar tadi. Ketika ditemui oleh wakil Sinar Harian, Tuan Hj Mohamed bin Che Noh selaku guru besar SKKK1 melahirkan rasa bangga dan berpuas hati di atas kemenangan tersebut. “Kemenangan ini adalah hadiah buat kita semua dan hasil usaha serta kesepaduan antara ahli kelab ini. Semoga pasukan kelab guru SKKK1 akan terus mantap di arena bola sepak dan akan sentiasa mengambil bahagian dalam lain-lain pertandingan yang diadakan”..
 
Pasukan Kelab Guru Skkk1 berdiri megah.......

 
perlawanan sengit menentukan menang-kalah...


No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.