GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 28, 2010

::Program Motivasi Kepimpinan-Pemimpin Cilik::

Kubang kerian -27 feb 2010-Satu Program motivasi dan Majlis Perlantikan Pengawas,Pengawas Pusat Sumber,Briged ICT,Pengawas Buku Teks,ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah telah dilaksanakan dalam suasana yang sangat meriah.Majlis dimulai dengan perhimpunan murid di dataran perhimpunan Skkk1 seawal jam 7.30 pagi,diikuti dengan taklimat daripada ketua kontijen En.Azhari b.Muhammad.Pendaftaran peserta juga berlangsung sejurus selepas itu.Jam 8.00 pagi majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi yang dikendalikan oleh penceramah yang sudah tidak asing lagi,iaitu En.Mohd zaini B.Zakaria.Beliau merupakan seorang kaunselor yang bertauliah dan kini beliau sedang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kubang kerian 2.Mendapat pendidikan di Universiti pertanian Malaysia dalam bidang kaunseling dan telah melibatkan diri dalam dunia kaunseling selama lebih dari 10 tahun.Beliau bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,kursus-kursus kecemerlangan,peningkatan UPSR dan PMR.Beliau juga bergiat dalam penulisan seperti Kemahiran Belajar dan Teknik Menghadapi Peperiksaan.Jam 10.00 pagi para peserta.Program seterusnya diisi dengan aktiviti padang dari jam 2.00 hingga jam 6.00 petang.
        Seterusnya pada hari Ahad 28 februari tibalah acara kemuncak bagi setiap pemimpin cilik ini.Semua pemimpin cilik Skkk1 akan diwatikahkan secara rasmi sebagai pemimpin pelajar Skkk1.Acara gilang gemilang ini akan disempurnakan oleh Supt.Azli Bin Md.Noor yang merupakan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam merangkap Ketua Trafik Negeri Kelantan.Guru Besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh berharap dengan program yang disusun demikian rupa akan dapat melahirkanpara pemimpin pelajar yang mempunyai personaliti yang  positif,bekerjasama antara sesama pemimpin,bertanggungjawab terhadap dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.Seterusnya mereka juga bakal muncul sebagai insan yang menghormati dan berbakti kepada ibubapa,masyarakat dan Negara.
 
Latihan Ketahanan


Penceramah undangan En.Zaini B.Zakaria 

 
Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab...

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.