GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 20, 2014

KEM BESTARI SOLAT PPKI PERINGKAT NEGERI KELANTAN

20 OKTOBER, 2014 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1


Seorang wakil murid dari PPKI SKKK1 telah turut menyertai Kem Bestari Solat j-Qaf Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan selama 2 hari bermula 19 - 20 Oktober, 2014 bertempat di Putera Calley Resort & Training Center Tanah Merah Kelantan.  Sehubungan dengan itu syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Mohd Rushdi b. Razali kerana berjaya menyertai aktiviti yang dianjurkan dengan jayanya. Turut serta mengiringi beliau dalam program tersebut ialah Ustz. Abdul Akhiar b. Ab. Rahim selaku guru j-Qaf PPKI SKKK1. Walaupun ianya menjadi perkara biasa bagi kebanyakan orang, namun bagi murid-murid PPKI, aktiviti sebegini merupakan satu kejayaan besar bagi mereka kerana semasa menyertai aktiviti yang dijalankan, mereka dikehendaki menguruskan diri mereka sendiri tanpa bantuan sesiapa dan berjauhan pula dengan keluarga. Harapan dan doa moga beliau berjaya suatu hari nanti serta dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Insyallah.

Antara objektif utama penyertaan murid PPKI dalam Kem Bestari Solat ialah :-
  • Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
  • Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.