GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 13, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KSSR DAN PBS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 





 13 MAC 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Selamat datang diucapkan kepada rombongan guru-guru dari SK Kem Pengkalan Chepa ke SK. Kubang Kerian 1, pada pagi ini kerana lawatan penanda aras pelaksanaan Kurikuum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lawatan telah dihadiri oleh 4 orang guru termasuk Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Rombongan lawatan telah diiringi oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Wan Rosnani bt. Wan Hamat serta guru penyelaras KSSR dan PBS. Pelaksanaan KSSR dan PBS SKKK1 telah di laksanakan untuk murid-murid tahap 1(tahun 1- 3) bermula semenjak KSSR dan PBS di kuat kuasakan oleh KPM. Semua guru yang mengajar di tahap 1 terlibat dengan pelaksanaan KSSR dan PBS ini. Penyelaras KSSR SKKK1 ialah Cikgu Nik Abd Aziz, manakala penyelaras PBS ialah Cikgu Zulkipli. Semasa taklimat ringkas, Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru yang menyertai rombongan  pada hari ini diatas kesudian memilih SKKK1 sebagai sekolah contoh untuk perlaksanaan KSSR dan PBS ini. Beliau juga turut memaklumkan kewujudan bilik khas untuk KSSR dan PBS seperti yang sedia ada sekarang adalah untuk memastikan perlaksanaan yang diarahkan oleh pihak jabatan atau kementerian dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Semua guru yang terlibat dengan perlaksanaan KSSR dan PBS boleh memperolehi semua maklumat berkaitan serta menjalankan perbincangan atau mesyuarat di bilik ini. Katanya lagi bilik ini telah disiapkan dengan kerjasama dari semua guru serta warga SKKK1. harapan beliau, semoga kedua-dua sekolah mendapat manafaat bersama dengan lawatan yang diadakan pada hari ini. Selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan, ianya juga dapat menambah apa yang kurang dari semasa ke semasa demi melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Sebelum rombongan berangkat pulang, SK Kem Pengkalan Chepa sempat menyampaikan cenderahati kenang-kenangan untuk SKKK1. Cenderahati telah disampaikan oleh Pn. Kanan Pentadbiran SK Kem kepada Guru Besar SKKK1. 

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.