Followers

::Skkk1 Dalam Lipatan Sejarah::

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920, bermula sebagai sekolah rakyat.Nama asalnya adalah Sekolah Melayu Kubang Kerian.Bangunan asal adalah merupakan sebuah bangsal kecil bertiangkan batang nibung dan beratapkan rumbia.Keluasan bangunan ini ialah 12x30 kaki persegi. Tapak sekolah ini telah berubah beberapa kaki sehingga pada tahun 1938 sekolah ini telah menerima satu bangunan kayu 20x113 kaki persegi sebagai bangunan rasmi sekolah. bangunan ini mempunyai empat bilik darjah dan satu bilik Guru Besar. sebuah bangunan batu telah dibina sebagai bangunan untuk kelas fardhu ain pda tahun 1993. Seterusnya pada tahun 1993 pengurusan sekolah ini terpaksa dibahagikan kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) kerana bilangan murid yang ramai dan bangunan yang sedia ada tidak mencukupi. Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) kekal di tempat asal dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) dipindahkan ke tapak baru lebih kurang satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan kubang Kerian 1

Oct 14, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"







Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid-murid  SKKK 1 telah diadakan pada 13 Oktober, 2011 jam 2.40 petang bertempat di Dewan SKKK 1. Dalam majlis yang sama juga, semua ibu bapa, guru dan para jemputan yang hadir boleh membuat pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Kubang Kerian  di perkarangan Anjung MCN SKKK 1, sesuai dengan tema mesyuarat agung PIBG pada tahun ini iaitu "Masyarakat Cergas".
Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapannya menyeru agar semua ibu bapa yang hadir mengambil berat dengan aktiviti persekolahan anak masing-masing, terutama waktu menghantar dan mengambilnya biarlah pada waktu yang ditetapkan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini memandangkan kawasan sekolah sunyi apabila menjelang waktu malam. Selain itu beliau juga memaklumkan bahawa SKKK 1 telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Belia dan Sukan sebagai sekolah pertama untuk program bola sepak negara. SKKK 1 telah dibari mandat untuk mengendalikan pemilihan "My Kid Soccer". Pemilihan yang dibuat ini adalah hasil daripada kecemerlangan sekolah dalam bidang kokurikulum sehingga berjaya mewakili Malaysia dalam bola sepak ke Saitama Jepun baru-baru ini. Seterusnya Tn. Guru Besar juga, memaklumkan majlis peyampaian wang KWAPM seramai 351 orang murid akan diadakan pada 20 Oktober, 2011 jam 2.30 petang, di SKKK 1. Surat jemputan akan diedarkan dalam masa terdekat.  Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program dan terima kasih juga kerana meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Rakaman penghargaan dan terima kasih juga kepada jemputan khas Dr. Nik Hajrah bt. Nik Ibrahim dan kakitangan Pejabat Kesihatan Kubang Kerian di atas kesudian merasmikan majlis mesyuarat agung serta membuat pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua yang hadir pada hari ini.   

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

:: Kenangan Terindah Di Skkk1...::

Motivasi Kepimpinan & Watikah Pelantikan

::Warga Pendidik Skkk1::

::Pembudayaan ICT Skkk1::

::Sekitar Sambutan Maulidurrasul Dan Kesyukuran::

  ©Template by Dicas Blogger.