GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 29, 2017

TERAPI RENANG MURID PPKI

29 OKTOBER, 2017 SK KUBANG KERIAN 1

Aktiviti : Terapi Air Murid PPKI  
Tarikh : 26 September 2017
Tempat : Perdana Resort Kota Bharu
Murid Terlibat : Kelas 6, 4, 2 (25 orang)



Sep 26, 2017

CERAMAH MAAL HIJRAH DAN CERAMAH KESIHATAN

25 SEPTEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


Aktiviti : Ceramah Maal Hijrah 
Masa : 9.00 am 
Tempat : Anjung Bestari 
Murid terlibat : Semua murid tahap 2 terlibat.
Penceramah : Ustaz Zakaria bin Muhamad dari SK Sri Bemban, Kota Bharu


 


Aktiviti : Ceramah Kesihatan Tentang HIV
Masa : 11.00 am 
Tempat : Anjung Bestari 
Murid terlibat : Semua murid tahap 2 terlibat.


 

 

Sep 19, 2017

KEM CAKNA MATEMATIK DAN PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 5

18 SEPTEMBER 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Pelancaran Kem Cakna Matematik dan Program Motivasi Murid Tahun 5 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Anjung MCN bermula jam 8.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh YM Tg Muhaini bt Tn Mat, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Machang.

Kem Motivasi ini melibatkan semua murid tahun 5 yang akan diadakan setiap Sabtu selama 4 minggu (23 September, 30 September, 14 Oktober dan 21 Oktober 2017) bermula jam 8 pagi hingg 5 petang.

 


Sep 8, 2017

MAJLIS RESTU ILMU CALON UPSR 2017

8 SEPTEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1



 
 

Majlis restu ilmu untuk calon-calon UPSR 2017 telah diadakan pada 7 September, 2017 (Khamis) jam 9.30 pagi bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Turut hadir dalam majlis tersebut YDP PIBG Hj. Mohd Yunus @ Ab.Halim b.Tahir. Seawal 7 pagi calon-calon UPSR bersama guru besar, YDP PIBG,  dan guru-guru tahun 6 mengerjakan solat hajat.  Majlis Solat hajat yang diadakan pada hari ini merupakan kemuncak kepada solat hajat yang telah diadakan sepanjang tahun ini. Hari ini merupakan solat hajat penggenap ( hari yang ke 40 ) solat hajat.

Tn Guru Besar, Tn Hj Mohamed bin Che Noh dalam ucapannya sekali lagi mengingatkan bakal calon UPSR supaya sentiasa menjaga kesihatan diri di saat-saat peperiksaan hampir tiba ini.Jika mereka tidak menjaga kesihatan dengan baik sudah pastinya usaha mereka selama setahun ini hancur berkecai begitu sahaja. Beliau juga turut menasihatkan agar bakal calon menurut segala nasihat dan petua-petua menghadapi peperiksaan yang telah diberikan oleh guru-guru dan juga yang terakhir pesanan semasa majlis solat hajat yang diadakan sebentar tadi. Sesungguhnya kejayaan kamu adalah kebanggaan kami dan juga ibubapa kamu..." Itulah suntikan semangat daripada Tuan Guru Besar sebagai penutup majlis."SAMA-SAMA BERUSAHA KE ARAH KEGEMILANGAN AKADEMIK SKKK1"

Dalam majlis tersebut, Ustaz Mohd Redhuan b. Mohamad juga telah memberi pesanan terakhir termasuklah mengajarkan doa semasa masuk ke dewan, doa semasa memulakan menjawab soalan, dan juga zikir-zikir yang berkaitan."Ambillah segala petua yang telah diperturunkan ini dan jangan sekali-kali merasa gentar dan gundah- gulana. Jika murid-murid dikuasai oleh perasaan seperti ini, maka segera kembali kepada Allah dan teruslah berzikir dan berdoa...sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang selalu berzikir dan mengharap pertolongan daripadaNya.

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan, selamat menjawab dan didoakan semoga semua calon UPSR pada tahun ini  dapat menjawab dengan tenang serta beroleh keputusan kejayaan yang cemerlang. Insyallah...

Aug 25, 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI 2017 DAN PERASMIAN TAMAN ANUGERAH PPKI

25 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 
 

Majlis sambutan hari lahir murid PPKI untuk tahun 2017 telah diadakan dengan penuh meriah sekali. Majlis sambutan pada kali ini turut di bantu oleh beberapa orang guru praktikum dan guru internship IPG Kota Bharu. Majlis telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh. Dalam majlis yang sama juga Tn guru besar turut merasmikan Taman Anugerah PPKI yang telah disediakan dengan kerjasama guru-guru PPKI dan guru internship IPGKB. 

Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah diatas kerjasama padu PK Pkhas,  guru-guru PPKI, guru-guru internship dan guru-guru praktikum IPG KB sehingga dapat menjayakan majlis hari jadi untuk murid-murid PPKI yang penuh meriah dan dapat menghasilkan sebuah taman yang cantik, sesuai untuk anak-anak PPKI dan menghasilkan sebuah lanskap yang begitu cantik, berubah wajah dalam jangka waktu yang singkat. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin majlis dan taman dapat dihasilkan dengan begitu baik sekali.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.