Program Terapi Air anjuran bersama guru praktikum IPG (Projek Intership guru Pelatih IPG Kampus Kota Bharu)telah diadakan dengan jayanya pada Khamis, 10 Ogos, 2017 bertempat di Water Park Splash Kota Bharu. Terapi air ini melibatkan semua murid kelas 3, 4, 5 dan 6, (38 murid) diiringi bersama semua guru dan PPM (15 orang) PPKI SKKK1. Penolong Kanan Pendidikan Khas (En. Cje Azhar bin Che Ismail) bersama Penolong Kanan Pentadbiran (Tn. Hj. Abd Razak bin Adahan) turut hadir dalam program tersebut.
GURU-GURU SKKK1 2022
Aug 11, 2017
Aug 8, 2017
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017
8 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Majlis penyerahan keputusan peperiksaan percubaan UPSR 2017 kepada semua ibubapa dan penjaga murid-murid tahun 6 SKKK1.
Tarikh : 7 Ogos, 2017
Tempat :Anjung Bestari SKKK1
Masa : 8.30 pagi - 10.00 pagi.
Majlis penyerahan keputusan peperiksaan percubaan UPSR 2017 kepada semua ibubapa dan penjaga murid-murid tahun 6 SKKK1.
Tarikh : 7 Ogos, 2017
Tempat :Anjung Bestari SKKK1
Masa : 8.30 pagi - 10.00 pagi.
MINGGU BAHASA MELAYU DAN MINGGU KEUSAHAWANAN PPKI
8 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Minggu Bahasa Melayu dan Minggu Keusahawanan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah diadakan bermula 1 Ogos, 2017 - 7 Ogos, 2017. Pelbagai makanan telah dijual antaranya kuih tradisional onde-onde, pelbagai buah potong dan aiskrim. Semua murid tahap 2 terlibat dengan program ini.
Minggu Bahasa Melayu dan Minggu Keusahawanan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah diadakan bermula 1 Ogos, 2017 - 7 Ogos, 2017. Pelbagai makanan telah dijual antaranya kuih tradisional onde-onde, pelbagai buah potong dan aiskrim. Semua murid tahap 2 terlibat dengan program ini.
Matlamat
- Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.
- Menyampaikan mesej hubungan sesama manusia dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral untuk melahirkan generasi yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
- Menyedarkan dan menginsafi murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
Objektif
- Memupuk minat berniaga di kalangan para murid
- Membantu setiap unit persatuan mendapat dana untuk mengerakkan aktiviti
- Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid
- Memupuk pemikiran yang kreatif di kalangan murid
Aug 6, 2017
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU
Warga SK Kubang Kerian 1 mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1 Pn. Anishah bt Ibrahim yang memulakan tugas secara rasminya sebagai PK Kokurikulum di SKKK1 pada hari ini. Rombongan menghantar beliau dar SK Sultan Ismail 4 telah tiba di perkarangan SKKK1 pada jam 9.00 pagi diketuai oleh Guru Besar SK Sultan Ismail 4, En Mohd Zahari bin Mohd Zain.
Seterusnya pada hari ini juga mantan PK Kokurikulum SKKK1, Pn. Rozanita bt. Ismail dengan rasminya bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Panji. Rombongan menghantar beliau telah diketuai oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh pada jam 11.00 pagi tadi. Warga sekolah mengucapkan tahniah dan selamat bertugas sebagai PK HEM kepada Pn. Rozanita bt. Ismail.
PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PERCUBAAN UPSR 2017
6 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Calon yang mendapat keputusan 6A dalam percubaan UPSR
Calon yang mendapat keputusan 5A dalam percubaan UPSR
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 6A (8 orang) dan 5A (7 orang) dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Seluruh warga sekolah mendoakan agar semua calon UPSR 2017 akan mendapat keputusan dan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang bakal tiba nanti. Hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Tn Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh dalam perhimpunan pagi hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.
SK KUBANG KERIAN 1.
PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN
Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.































