GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 9, 2018

PROGRAM KEM MEMBACA DAN KITAR SEMULA

9 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1





Kem Membaca merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiiti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menjayakan program ini dengan mengadakan aktiviti kemuncak "Pesta Buku" peringkat sekolah yang diadakan pada 7 dan 8 Oktober, 2018 bertempat di Kelas 6 Cakna dan 6 Cekal bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Serentak dengan itu juga, program kitar semula juga turut dijalankan. Murid-murid yang mempunyai buku/majalah/suratkhabar yang terpakai dialu-alukan untuk menyumbang pada hari tersebut. Hadiah galakan juga turut disediakan untuk sumbangan yang paling berat.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.