GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 19, 2018

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT PRASEKOLAH 2018

19 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1








Program amalam pemakanan sihat prasekolah bersama ibu bapa dan penjaga telah diadakan di Pra Sekolah SKKK1 pada 18 Oktober 2018. Program ini merupakan aktiviti yang menggalakkan pemakanan sihat dan berkhasiat di kalangan murid prasekolah. Ibu bapa yang turut serta dalam program tersebut didedahkan dengan hidangan makanan yang berkhasiat, jumlah makanan yang diambil dan jenis-jenis set makanan yang sesuai untuk murid prasekolah kerana ia penting untuk tumbesaran serta perkembangan kanak-kanak tersebut.Sebelum aktiviti dijalankan, PK HEM SKKK1, Pn Anishah bt Ibrahim telah memberi taklimat serta penerangan kepada semua ibubapa dan penjaga yang hadir tentang amalan pemakanan sihat dikalangan anak-anak prasekolah.

Objektif Utama Aktiviti ini ialah:
  • menyediakan menu sihat di prasekolah
  • menyebarkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar (iaitu kanak-kanak/ibu bapa/pembantu pengurusan murid)
  • meningkatkan kemahiran penyediaan makanan sihat melalui aktiviti/latihan/kursus kepada guru, pembantu pengurusan murid dan juga ibu bapa penjaga.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.