GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 5, 2017

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

5 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIUAN 1








 Majlis pelancaran program jom ke sekolah peringkat SKKK1 telah disempurnakan dengan rasmikan pada pagi ini bertempat di Anjung MCN. Majlis telah dirasmikan oleh Sarjan Bahar, Penolong Pegawai Peyiasat, Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu. Majlis pelancaran ini merupakan program serentak seluruh Malaysia bagi sekolah yang bersekolah pada hari Ahad. 

Program Jom Ke Sekolah merupakan program kalaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahn disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara aktiviti sepanjang majlis pelancaran ialah Nyanyian Lagu NegaraKu, Lagu Negeri, Lagu Sekolah, bacaan perutusan KPPM, KPM, Ketua Polis Negara, pelancaran peti aduan murid, persembahan murid, ikrar semua murid dan penyampaian cenderahati kedatangan penuh dan awal ke sekolah pada bulan Januari 2017.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.