GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 17, 2017

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI

16 JANUARI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
 


 

 

 


 

Majlis penutup minggu transisi bagi murid tahun 1 2017 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Majlis telah disempurnakan dengan jayanya oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Abd Razak bin Adahan. Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati untuk beberapa aktiviti yang diadakan sepanjang minggu transisi ini turut sama diadakan.

Secara amnya Minggu Transisi bertujuan untuk membantu murid tahun 1 yang baru memulakan sesi persekolahan menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira.

Program ini dijalankan bermula 1 Januari, 2017 hingga 15 Januari, 2017 dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang dirancang untuk mereka. 

Antara objektif dan tujuan minggu transisi di adakan ialah :- 
  • Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran , guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif , emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1 
  • Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru.
  • Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1 Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1 Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan Program KSSR di tahun 1 
  • Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tematik , bersepadu dan belajar melalui kaedah didik hibur Memudahkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal.
  • Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak - kanak 
  • Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta tingkahlaku pelajar

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.