GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 30, 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

SK KUBANG KERIAN 1 - 30 OGOS 2015

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya pada hari ini.Sambutan Kemerdekaan pada hari ini telah diwarnai dengan pelbagai acara yang disertai oleh murid-murid SKKK1.Antara acara yang dipertandingan sempena hari kemerdekaan pada kali ini ialah Pertandingan Koir Lagu-lagu Petriotik,Reka Cipta barangan terbuang yang berkaitan dengan Kemerdekaan dan Pertandingan Pakaian Tradisional Malaysia.Majlis Perasmian dan Ceramah Hari Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Ybrs Hj Ab.Rashid bin Sulaiman Penceramah Biro Tatanegara.Majlis juga turut diserikan dengan Persembahan Sajak dan Persembahan Pentomin oleh murid-murid SKKK1.Kemuncak sambutan hari kemerdekaan pada hari ini telah diwarnai dengan nyanyian lagu Tema Kemerdekaan dan Lagu Petriotik beramai-ramai oleh semua warga SKKK1 dengan mengibari jalur gemilang beramai-ramai..MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA...itulah laungan yang dilaungkan di Anjung MCN pada pagi ini dan telah mencatat sejarah sambutan kemerdekaan ke 58 peringkat sekolah.Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Ke-58.



















1 comment:

EiHa said...

Baju cikgu perempuan tu mne nk dpt ye?

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.