GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 21, 2015

WARNA WARNI PERHIMPUNAN PAGI AHAD

21 JUN 2015 - SK KUBANG KERIAN 1


Aktiviti perhimpunan pagi Ahad pada hari ini dimulakan dengan pelancaran tabung derma Ihya Ramadhan untuk semua guru dan kakitangan SKKK1. Tabung derma ini akan berjalan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini kepada semua yang berminat untuk menderma. Hasil derma tabung ini akan diagihkan kepada semua anak-anak yatim serta murid-murid yang miskin dan fakir di penghujung Ramadhan nanti.Insyallah

Selain itu majlis solat hajat untuk murid-murid UPSR SKKK1 2015 turut dimulakan pada pagi ini bertempat di Masjid Kubang Kerian. Semua murid tahun 6 diiringi ustaz dan ustazah terlibat dalam majlis ini. Majlis solat hajat untuk UPSR 2015 akan diteruskan sehingga ke tarikh peperiksaan UPSR 2015.

Aktiviti diteruskan dengan pelancaran program 'Reading For Fun' anjuran panitia Bahasa Inggeris SKKK1. Program ini melibatkan semua murid SKKK1 bermula dari tahun1 hingga tahun 6. Melalui program ini, 300 buah buku cerita Bahasa Inggeris yang pelbagai dan menarik telah disediakan untuk bacaan semua murid dari pelbagai peringkat kebolehan. Buku ini diletakkan di dalam 3 buah bakul dan guru-guru boleh membawa bakul yang berisi buku ini untuk aktiviti bacaan di luar kelas. Program ini melibatkan semua guru BI dan juga guru ganti yang mana ianya boleh digunakan untuk aktiviti membaca termasuk waktu jadual ganti. Program ini dijalankan sepanjang tahun. 

Objektif program ialah :-

  • Menggalakkan dan menarik minat murid untuk membaca buku berfaedah
  • Membaiki perbendaharaan kata dan kemahiran menulis
  • Mengisi masa lapang murid-murid dengan aktiviti 
  • Membantu murid berkomunikasi dalam BI dengan lebih baik disamping meningkatkan cara pertuturan yang betul
  • Mendedahkan murid kepada BI di dalam atau diluar kelas
  • Menjadikan pembelajaran BI yang menyeronokkan.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.