GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 24, 2015

PROGRAM KEBERSIHAN BERSAMA DETTOL

24 JUN 2015 - SK KUBANG KERIAN 1






Program kebersihan bersama Dettol anjuran Unit Hal Ehwal Murid SKKK1 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan MCN SKKK1. Semua murid tahun 1 hingga 5 terlibat dalam program ini. Tujuan utama program seperti ini diadakan ialah untuk memupuk dan mendedahkan kepada murid tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dengan betul. Selain itu, program ini diharap dapat memupuk sikap suka menjaga kebersihan diri dalam kalangan semua murid SKKK1.Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah, taklimat kebersihan diri meliputi pakaian, makanan, minuman, tunjuk cara membasuh tangan dengan betul dan kuiz menguji minda pelajar. Di akhir program semua murid mendapat cenderahati daripada Syarikat Dettol Malaysia. Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Dettol Malaysia.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.