GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 22, 2013

MAJLIS TAKLIMAT IBUBAPA DAN AKU JANJI MURID TAHUN 6 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

22 JANUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



 Majlis taklimat, aku janji serta ceramah Motivasi Keibubapaan Murid-murid Tahun 6 SKKK 1 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Semua ibu bapa/penjaga dan seramai 221 orang murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini terlibat dalam majlis pada hari ini.  Ceramah Motivasi Keibubapaan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Hj. Musa (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Kelantan).

Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :-
- meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR SKKK 1 2013
- mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa
- memberi motivasi serta keyakinan yang tinggi di kalangan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR
- memaklumkan dan meminta sokongan daripada ibu bapa mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun 6 sepanjang tahun 2013

Dalam majlis ini juga, Tn. Guru Besar SKKK 1 memperkenalkan kepada semua ibu bapa, barisan pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat secara langsung mengajar tahun 6. Ibu bapa juga dimaklumkan, sebarang permasalahan serta pertanyaan yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak bolehlah berjumpa terus atau berbincang dengan guru-guru tahun 6 yang telah diperkenalkan untuk sama-sama meningkatkan kejayaan yang cemerlang anak masing-masing.Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan ibu bapa untuk berbincang perkembangan anak masing-masing.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak masing-masing, dalam peperiksaan yang bakal diduduki akhir tahun ini. Katanya lagi, Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan murid. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar kejayaan yang cemerlang akan diperolehi oleh semua murid yang belajar di SKKK1 ini.Insyallah.

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa pada hari ini untuk sama-sama hadir ke majlis yang di adakan ini. Seterusnya terima kasih juga kepada semua guru serta kakitangan SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis pada hari ini. Susulan pertemuan serta perbincangan akan turut diadakan selepas ini sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR hujung tahun nanti. Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.