GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 28, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

28 JANUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis Penyampaian Bantuan  Khas Awal Persediaan Persekolahan  SK Kubang Kerian 1 telah diadakan dengan jayanya pada petang ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Wan Mohd Nazi b. Wan Hamat, Penyelaras Dun Demit dan UST. Shamsul b. Yusoff, Ketua Penerangan, Jentera Pilihanraya Dun Demit. Seramai 1 199 orang murid yang belajar di SKKK1 adalah layak menerima bantuan tersebut yang melibatkan murid-murid tahun 1 - 6 termasuk murid Pendidikan Khas.

Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada para tetamu jemputan En. Wan Mohd Nazi b. Wan Hamat, Penyelaras Dun Demit dan UST. Shamsul b. Yusoff, Ketua Penerangan, Jentera Pilihanraya Dun Demit dan semua ibu bapa/penjaga yang meluangkan masa untuk sama-sama berada dalam majlis pada petang ini. Beliau berpesan kepada semua ibu bapa yang hadir pada petang ini agar menggunakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk persekolahan anak masing-masing. Walaupun pada sesetengah orangnya jumlah RM 100 itu kecil tetapi besar bagi kebanyakan ibu bapa yang lain, oleh itu sama-sama kita semua bersyukur dan terima kasih atas rezeki yang diberikan. Walaupun semua kelengkapan persekolahan anak-anak telah di sediakan pada awal tahun baru-baru ini, namun wang yang diberikan pada hari ini hendaklah digunakan untuk persekolahan anak-anak pada masa yang akan datang. Contohnya kelengkapan buku latihan, buku rujukan, alat tulis, kelengkapan pakaian Kokurikulum dan lain-lain keperluan yang sesuai dan munasabah. 

Antara kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk murid-murid SKKK1 ialah:

1. Buku teks disediakan kepada semua murid(Warganegara Malaysia).
2. RMTS - 277 orang murid dengan kos RM 342 seorang setahun persekolahan selama 190 hari.
3. Wang Ihsan - 204 menelan belanja sebanyak RM 40 800 iaitu RM 200 seorang bagi keluarga yang berpendapatan RM 1 500 kebawah.
4. Bantuan Awal Persekolahan RM 100 diberikan kepada semua murid-murid tahun 1 - 6 termasuk murid Pendidikan Khas yang menelan belanja RM 199 900 iaitu melibatkan 1 199 orang murid.
5. KWAPM e Kasih - 46 orang. 6 orang miskin tegar yang diperuntukan sebanyak RM 700 seorang, menelan belanja sebanyak RM 4 200 dan selebihnya menerima bantuan Am Persekolahan sebanyak RM 450 yang menelan belanja sebanyak RM 18 000.
6. KWAPM - seramai 361 orang murid, diperuntukan  sebanyak RM 200 seorang yang melibatkan peruntukan sebnayk RM 72 200.

Akhirnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada petang ini.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.