GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 21, 2017

PENYAMPAIAN HADIAH PELBAGAI KECEMERLANGAN 2017

21 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


 Majlis penyampaian pelbagai hadiah kecemerlangan telah diadakan pada 19 November, 2017 iaitu perhimpunan akhir persekolahan sesi 2017:- 

1. Penyampaian Sijil Kem Pemantapan Ibadah Tahun 6 yang telah diadakan pada 5 - 8 November, 2017. 

2. Penyampaian Sijil Kecemerlangan 8A UPKK 2016.
Keputusan : 13 orang murid mendapat keputusan cemerlangan 8A

3. Peyampaian Sijil Kejohanan Taekwondo Jemputan Sekolah-sekolah Rendah Negeri Kelantan Acara KYorgi dan Poomsae. 
Keputusan : 8 daripada 14 orang murid mendapat pingat Emas dan 6 daripada 14 orang mendapat pingat Gangsa. 

4. Penyampaian Sijil Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun MSSK Kelantan 2017, yang telah diadakan pada 17 - 18 November, 2017 bertempat di SK Pahi, Kuala Krai Kelantan.
Keputusan : Juara KB A dan Suku Akhir KB B.

5. Penyampaian Sijil Kejohanan Badminton Bawah 10 tahun Peringkat Negeri Kelantan .
Keputusan : Sijil Emas.

6. Penyampaian Setem First Day. Penghargaan Pos Malaysia memberi kepada murid yang menyertai Kelab Setem dan Filateli. 



Nov 17, 2017

MESYUARAT GURU AKHIR TAHUN SESI 2017

 17 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

MESYUARAT GURU AKHIR TAHUN 2017
Tarikh : 16 November, 2017
Masa : 1.00 tgh - 3.00 ptg
Tempat : Bilik Gerakan SKKK1
Kehadiran : Semua guru SKKK1

Mesyuarat akhir tahun ini merangkumi pesanan dan peringatan dari semua bahagian untuk guru-guru agar dapat mengambil tindakan segera sebelum berakhir sesi persekolahan 2017 :
  1. Bahagian Pengurusan Akademik
  2. Unit Hem
  3. Unit Kokurikulum
  4. Unit Pendidikan Khas
  5. Lain-lain termasuk Kelab Guru dan Koperasi SKKK1





MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PRA SEKOLAH 2017

17 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PRA SEKOLAH

Tarikh : 16 November, 2017
Tempat : Anjung MCN SKKK1
Perasmian Oleh: Pn. Aziah bt Mustafa 
(Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Prasekolah PPD KB)

Dihadiri oleh semua ibu bapa dan murid seramai 500 orang dari 3 Kelas Prasekolah SKKK1, 2 Kelas Prasekolah SKKK3 dan 2 Kelas Prasekolah SKSI4









Nov 10, 2017

JAMUAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2017

10 NOVEMBER, 2017 : SK KUBANG KERIAN 1

Jamuan Badan Pemimpin Kecil SKKK1 - Terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT  dan Pengawas Buku Teks  telah diadakan dengan meriahnya pada 9 November, 2017 jam 1.30 tengahari  bertempat di Crystal Lodge, Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan. Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Guru Besar SKKK 1, semua Penolong Kanan SKKK 1 serta guru-guru penasihat yang terlibat. Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan sesi bergambar semua pengawas yang terlibat bersama pentadbir sekolah.

 












KEM PEMANTAPAN IBADAH

10 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 




 

Kem Pemantapan Ibadah bagi murid-murid tahun 6 merupakan aktiviti tahunan yang diadakan selepas peperiksaan UPSR. Kem bermula pada hari Ahad 5 November, 2017 hingga 8 November 2017. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kem tersebut yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam. Majlis Penutup telah di rasmikan oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh.
 
Dalam  ucapan penutup Kem tersebut, Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menasihatkan semua murid agar mempraktikkan atau mengamalkan ilmu yang diperolehi sepanjang kem ini. Beliau juga turut mengariskan beberapa objektif Kem Ibadah ini diadakan ialah :-

1. Untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi,rohani dan jasmani.
2. Melatih mereka agar dapat memahami dan seterusnya boleh mempraktikkanbeberapa ibadat sunat yang tertentu secara berjamaah mahupun secara bersendirian.

3. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang konsep sebenar penghayatan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama terhadap ibu-bapa, guru-guru seterusnya masyarakat.

 Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Kem Ibadah tersebut ialah:-
  • Kursus Pengurusan Jenazah oleh Al Fadhil Ustaz Khalid bin Yusof
  • Ceramah 1: Peranan Wuduk Terhadap Peribadi Muslim oleh Ustazah Sakinan bt Hassan
  • Ceramah 2 : Kewajipan Bersuci dan Tuntutan Ke Atas Individu Muslim oleh Ustazah Nik Nazura bt Yusof
  • Ceramah 3 : Peranan Solat Melahirkan Generasi Rabbani oleh Ustazah Fazula bt Jalaluddin 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.