GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 11, 2017

PROGRAM ZIARAH KAMPUNG SELEPAS UPSR

11 OKTOBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

PROGRAM LEPAS UPSR : PROGRAM ZIARAH KAMPUNG KENALI DAN GOTONG ROYONG MURID TAHUN 6











Program Ziarah Kampung Kenali merupakan salah satu aktiviti selepas UPSR bersama murid-murid serta guru-guru tahun 6  telah diadakan dengan jayanya pada pagi Selasa 10 Oktober, 2017. Guru Besar serta barisan pentadbir SKKK1 turut bersama sepanjang program berjalan. Sepanjang aktiviti tersebut semua murid bergotong royong membersihkan Surau  Kg Kenali dan juga kawasan sekitar  kampung. Selain itu sumbangan barang keperluan asas juga turut diberikan kepada warga tua, ibu tunggal dan keluarga miskin dalam Kg Kenali. Sumbangan keperluan asas ini telah disumbangkan oleh warga sekolah, keluarga murid-murid tahun 6 serta orang perseorangan. Seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Insyallah program ini akan diadakan setiap tahun sebagai salah satu program wajib selepas UPSR.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.