GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 7, 2015

MAJLIS RESTU ILMU SKKK1

SK KUBANG KERIAN 1- 8 SEPTEMBER 2015

Majlis restu ilmu 2015 untuk calon - calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan di Anjung Bestari pada pagi ini.Majlis yang berjalan dalam suasana yang penuh sayu ini memberi ruang untuk semua guru-guru memberi semangat dan mengukir  kata-kata terakhir untuk  calon-calon yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.Majlis dimulai dengan ucapan Guru Besar,Wakil Guru,Wakil Murid dan ucapan guru-guru tahun 6 yang disiarkan melalui tayangan slaid.Majlis diakhiri dengan acara menyuap pulut kuning dan bersalam-salaman antara guru dan semua murid tahun 6. Semua guru SKKK1 mengaharapkan agar semua calon mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki pada besok hari.Guru-guru SKKK1 merestui dan mengalalkan semua ilmu yang telah dipelajari.Selamat Berjaya.SKKK1 SENTIASA TERATAS.













No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.