GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 9, 2015

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2015

 9 JULAI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan selama 3 hari pada minggu ini bermula hari Selasa hingga Khamis bertempat di Bilik Gerakan SKKK1. Perjumpaan tersebut telah melibatkan 2 sesi setiap hari bermula jam 8.30. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Guru Besar SKKK1 bersama semua guru matapelajaran setiap kelas. Perjumpaan yang diadakan pada kali ini adalah untuk membincangkan analisis keputusan ujian percubaan 1 dan program peningkatan prestasi murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR kurang lebih 2 bulan lagi.

Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :-

  • Meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR SKKK 1 2015
  • Mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa 
  • Memaklumkan dan meminta sokongan daripada ibu bapa mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun 6 sepanjang tahun 2015
Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak masing-masing, dalam peperiksaan yang bakal diduduki akhir tahun ini. Katanya lagi, Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan murid. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar kejayaan yang cemerlang akan diperolehi oleh semua murid yang belajar di SKKK1 ini.Insyallah. 

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa pada hari ini untuk sama-sama hadir ke majlis yang di adakan ini. Seterusnya terima kasih juga kepada semua guru serta kakitangan SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis pada hari ini. Susulan pertemuan serta perbincangan akan turut diadakan selepas ini sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR hujung tahun nanti. Insyallah. 

 

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.