GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 29, 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 






Gambar Sekadar Hiasan....
Aktiviti Warga SKKK1 Sepanjang Sesi Pertama Penggal 1/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... "Selamat Kembali Ke Sekolah"  buat semua warga SKKK1 guru-guru serta anak-anak didik pada hari Ahad 31 Mac 2013....setelah seminggu berlalu...bercuti....

Mar 20, 2013

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN DAN HAFAZAN PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

20 MAC 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan serta bercerita kisah-kisah Nabi telah di adakan pada minggu lepas bertempat di SK Banggu, peringkat QIT Kota Jembal. SKKK1 turut menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai beberapa pertandingan. Adik Mohd Tarmizi Ilyas yang mewakili sekolah dalam pertandingan Hafazan (kategori lelaki) telah dinobatkan sebagai Johan Peringkat QIT, manakala adik Azim Hakini yang mewakili sekoah dalam pertandingan bercerita pula telah mendapat tempat ke 3. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan usaha lagi kepada mereka yang belum berjaya.

BULAN PANITIA BAHASA MELAYU 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

20 MAC 2013 - SK KUBANG KERIAN 1




Bulan Panitia Bahasa Melayu SKKK1 bermula minggu ini selama sebulan. Pelbagai aktiviti telah, sedang dan akan dijalankan untuk semua murid SKKK1 bermula dari tahun 1 - 6. Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan ini ialah : 

  • Kuiz Permainan Bahasa Tahap 1 (Tahun 1- 3 )
  • Pertandingan ejaan dan bercerita tahap 1 (Tahun 1 - 3)
  • Kuiz Permainan Bahasa Tahun 4 
  • Pertandingan Tulisan Cantik Tahun 1
  • Pertandingan Mencipta Pantun Tahun 5 dan 6
  • Pertandingan Buku Skrap

 




Mar 19, 2013

SUKANEKA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) - SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

19 MAC 2013 
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI(PPKI) MASALAH PEMBELAJARAN





Sukaneka Program Integrasi Pendidikan Khas (PPKI) Masalah Pembelajaran telah dijalankan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Padang SKKK1. Aktiviti ini turut di kendalikan bersama oleh 2 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu (IPGM) yang kebetulan sedang menjalani latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah (SBE) di SKKK1. Objektif utama aktiviti sukaneka ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk pertandingan di peringkat  yang lebih tinggi. Selain itu aktiviti ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti Kokurikulum Pendidikan Khas yang diadakan setiap minggu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang berjaya dan cuba lagi pada mereka yang belum berjaya....

ANUGERAH PRA SEKOLAH 5 BINTANG PERINGKAT NEGERI KELANTAN

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

19 MAC, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1






 
Semua warga SK Kubang Kerian 1, mengucapkan rasa syukur, tahniah dan syabas di atas penganugerahan ANUGERAH PRA SEKOLAH 5 BINTANG 2012 kepada Pra Sekolah SKKK1 (KELAS MAWAR) peringkat Negeri Kelantan. Selain itu Pra Sekolah (Mawar) juga turut dianugerahkan kedudukan tempat pertama dalam kategori TOP 5 Pra Sekolah Negeri Kelantan 2012. Manakala guru Pra Sekolah (Kelas Mawar) YM Tg Norsilawaty bt. Raja Hassan pula dianugerahkan Guru Cemerlang Pra Sekolah Peringkat Negeri Kelantan tahun 2012. Anugerah penyampaian sijil dan trofi disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan Tn. Hj. Hussain b. Awang pada awal minggu ini bertempat di Sweet Beach Resort Tok Bali Kelantan. Guru Besar SKKK1, Tn Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada JPN Kelantan di atas penganugerahan yang diberikan dan seterusnya syabas dan tahniah diucapkan kepada guru dan PPM Pra Sekolah Mawar yang telah berjaya merangkul Anugerah yang diberikan.

Mar 18, 2013

MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH -PBS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

Untuk makluman....

Mesyuarat pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) Tahun 1,2, dan 3 kali ke 2 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 19 Mac 2013
Hari : Selasa
Masa : 12.45 tgh
Tempat : Bilik gerakan SKKK1

Semua AJK induk PBS Tahun 1, 2 dan 3 dijemput hadir.Terima kasih.

Mar 17, 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

17 MAC, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



 Kejohanan Olahraga Sekolah Rendah peringkat QIT KOTA JEMBAL telah diadakan dengan jayanya pada Sabtu, 16 Mac, 2013, bertempat di padang SK Kubang Kerian 3. SKKK1 telah menghantar seramai 25 orang peserta untuk menyertai beberapa acara yang dipertandingkan. Sebanyak 4 daripada acara yang disertai telah berjaya dibawa pulang hadiah kemenangan. Antaranya Johan dalam 4 x 100m (lelaki), Naib Johan 4 x 200m (lelaki), Naib Johan lompat jauh (lelaki) dan tempat ke 3 80m berpagar (lelaki). Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh pada majlis perhimpunan pagi Ahad pagi ini. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta yang berjaya dan cuba lagi pada yang belum berjaya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Kepada yang berjaya lipat gandakan lagi usaha untuk ke pertandingan di peringkat PPD Kota Bharu pada tarikh yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.

PENYAMPAIAN HADIAH PENGHARGAAN

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

17 MAC, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1




 Seramai 7 orang murid tahun 6 yang telah berjaya memperolehi pencapaian cemerlang 5A dalam UBB1 baru-baru ini, menerima hadiah penghargaan serta sokongan daripada pihak sekolah yang berupa wang tunai, sijil penghargaan dan lencana 5A, pada majlis perhimpunan pagi Ahad pagi ini. Penyampaian penghargaan itu telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya, kekalkan kejayaan untuk hari-hari yang seterusnya. Kepada mereka yang belum memperolehi 5A lagi, teruskan usaha, lipat gandakan ulangkaji dan jangan cepat berputus asa. Sesungguhnya kejayaan yang kita perolehi adalah hasil dari usaha yang kita lakukan. Beliau berharap agar semua murid tahun 6 akan belajar bersungguh-sungguh untuk kejayaan yang cemerlang dalam UPSR akhir tahun ini.

Mar 13, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KSSR DAN PBS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 





 13 MAC 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Selamat datang diucapkan kepada rombongan guru-guru dari SK Kem Pengkalan Chepa ke SK. Kubang Kerian 1, pada pagi ini kerana lawatan penanda aras pelaksanaan Kurikuum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lawatan telah dihadiri oleh 4 orang guru termasuk Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Rombongan lawatan telah diiringi oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Wan Rosnani bt. Wan Hamat serta guru penyelaras KSSR dan PBS. Pelaksanaan KSSR dan PBS SKKK1 telah di laksanakan untuk murid-murid tahap 1(tahun 1- 3) bermula semenjak KSSR dan PBS di kuat kuasakan oleh KPM. Semua guru yang mengajar di tahap 1 terlibat dengan pelaksanaan KSSR dan PBS ini. Penyelaras KSSR SKKK1 ialah Cikgu Nik Abd Aziz, manakala penyelaras PBS ialah Cikgu Zulkipli. Semasa taklimat ringkas, Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru yang menyertai rombongan  pada hari ini diatas kesudian memilih SKKK1 sebagai sekolah contoh untuk perlaksanaan KSSR dan PBS ini. Beliau juga turut memaklumkan kewujudan bilik khas untuk KSSR dan PBS seperti yang sedia ada sekarang adalah untuk memastikan perlaksanaan yang diarahkan oleh pihak jabatan atau kementerian dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Semua guru yang terlibat dengan perlaksanaan KSSR dan PBS boleh memperolehi semua maklumat berkaitan serta menjalankan perbincangan atau mesyuarat di bilik ini. Katanya lagi bilik ini telah disiapkan dengan kerjasama dari semua guru serta warga SKKK1. harapan beliau, semoga kedua-dua sekolah mendapat manafaat bersama dengan lawatan yang diadakan pada hari ini. Selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan, ianya juga dapat menambah apa yang kurang dari semasa ke semasa demi melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Sebelum rombongan berangkat pulang, SK Kem Pengkalan Chepa sempat menyampaikan cenderahati kenang-kenangan untuk SKKK1. Cenderahati telah disampaikan oleh Pn. Kanan Pentadbiran SK Kem kepada Guru Besar SKKK1. 

Mar 10, 2013

WARNA WARNI DI PAGI AHAD

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

10 MAC 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Perhimpunan pagi Ahad yang diadakan pada pagi ini sungguh meriah sekali kerana di penuhi dengan penyampaian pelbagai hadiah kepada murid-murid yang telah menyertai pelbagai pertandingan sepanjang Januari dan Februari 2013 serta penyampaian watikah perlantikan Ketua Panitia/Ketua Bidang di bawah pengurusan Akademik, pengurusan Kokurikulum dan pengurusan HEM.

Dalam ucapan ringkasnya Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar setiap kejayaan serta kemenangan yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka akan menjadi semangat dan pendorong kepada semua murid untuk tidak berputus asa dalam semua perkara yang telah disertai/dipelajari. Manakala kepada semua guru yang menerima dengan rasminya watikah perlantikan pada hari ini, tahniah diucapkan dan semoga kerjasama yang diberikan oleh semua guru serta warga SK Kubang Kerian 1 pada tahun ini akan membuahkan kejayaan, kemenangan dan kecemerlangan dalam semua aspek/bidang yang diceburi di sekolah.Insyallah

  Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap 1 Sempena
 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 
oleh Pn. Penolong Pentadbiran Pn. Hjh Wan Rosnani bt. Wan Hamat
 
 Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 Sempena
 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 
oleh Pn. Penolong Kanan HEM Pn. Hjh Noraini bt. Abdullah

  Penyampaian Hadiah Tempat ke 3 
Pertandingan Bola Sepak bawah 12 tahun peringkat PD KB
oleh Pn. Penolong Kokurikulum Tn. Hj. Mohd Helmi b. Ismail


 Penyampaian Watikah Perlantikan Ketua Panitia/Ketua Bidang di bawah Pengurusan Akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum pada sesi 2013

Mar 7, 2013

SELAMAT HARI LAHIR

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

7 MAC 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1



Seluruh warga PPKI SKKK1 mengucapkan "Selamat Hari Lahir, Moga Panjang Umur dan Kebahagiaan Berpanjangan" diucapkan kepada Pn. Harmawati bt. Meor Abdullah Pembantu Pengurusan Murid PPKI yang telah menyambut hari kelahirannya pada Februari yang lalu. Cenderahari kenang-kenangan dari Badan Kebajikan Guru-guru PPKI telah disampaikan oleh PK Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail pada tengahari ini.

Mar 6, 2013

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA BERSAMA GURU-GURU PPKI SKKK1 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

6 MAC 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU


Majlis Perjumpaan ibu bapa bersama pentadbir dan guru-guru PPKI SKKK1 2013 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan SKKK1. Semua ibu bapa atau penjaga murid-murid PPKI dan Pra Integrasi SKKK1 terlibat dalam majlis ini. Dalam ucapan alu-aluannya Tn. Guru Besar, Tn Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis perjumpaan pada hari ini. Kehadiran yang begitu memuaskan menandakan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua ibu bapa terhadap pembelajaran anak masing-masing.

Antara aktiviti yang telah dipersetujui untuk dijalankan pada tahun 2013 ialah Terapi Air (Renang), Terapi Kuda,  Sukan tahunan, Majlis harijadi, Belajar sambil melawat, Rekreasi luar, Hari Keluarga. Objektif utama majlis ini diadakan ialah untuk:-

  • Mengenali dengan lebih dekat setiap ibu bapa/penjaga murid– PPKI 
  • Bertukar serta berkongsi idea dan pendapat dengan pentadbir sekolah dan guru-guru PPKI
  • Mewujudkan pemuafakatan dikalangan guru  dan ibu bapa/ penjaga 
  • Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2013 
  • Membincangkan isu-isu atau masalah murid-murid PPKI 
Analisis Murid Mengikut Umur
7 tahun - 5 orang
8 tahun - 8 orang  
9 tahun - 7 orang 
10 tahun - 10 orang 
11 tahun - 18 orang 
12 tahun - 7 orang 
13 tahun - 0 orang 
14 tahun - 0 orang  

Analisis Murid Mengikut Masalah
Masalah Pembelajaran - 12 orang
Mental Retardart - 11 orang
Fizikal - 4 orang
Pelbagai - 28 orang
 

Mar 5, 2013

TERAPI AIR MURID-MURID PPKI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

5 MAC 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1



Aktiviti terapi air untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran - PPKI) SKKK1 tahun 2013 bermula hari ini. Seramai 16 orang murid menyertai terapi air pada hari ini yang diadakan di Kolam Perdana Beach Resort Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Aktiviti terapi ini akan diadakan sepanjang tahun 2013 berselang seli dengan terapi kuda, kerjasama dari Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) Negeri Kelantan. Beberapa orang juru terapi telah memberi tunjuk ajar kepada semua guru dan murid yang hadir pada hari ini melakukan beberapa pergerakan di air termasuk cara-cara asas berenang. Sehubungan dengan itu Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mewakili pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan warga YOKUK yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan aktiviti terapi ini.

Mar 3, 2013

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN DAN MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

3 MAC 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

 
Program Motivasi Kepimpinan dan majlis perlantikan Pemimpin Kecil SKKK1 telah diadakan dengan jayanya. Program Motivasi Kepimpinan telah diadakan pada hari Khamis 28 Februari 2013 yang di kelolai oleh Tn. Hj. Ahmad Termizi b. Hj. Musa, Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Semua Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Briget ICT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah telah terlibat dalam program yang bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Manakala penyampaian watikah perlantikan pula telah diadakan pada hari ini yang disempurnakan oleh ASP Ruslan b. Abd Rahman, Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Negeri Kelantan. Antara Objektif program ini diadakan ialah :- 

1. Melahirkan Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang bertanggungjawab pada diri, rakan-rakan, ibu bapa, masyarakat dan negara. 
2. Membentuk identiti Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
3. Memupuk semangat kerjasama, toleransi, berdikari dan berkeyakinan diri dalam kalangan pelajar.
4. Meningkatkan motivasi kendiri pelajar.
5. Melahirkan pemimpin pelajar yang kental dan berdaya saing bagi merialisasikan Visi dan Misi sekolah.
6.Menyediakan pelbagai program bagi meningkatkankepimpinan pelajar.  

 Sehubungan dengan itu dalam ucapan alu-aluannya Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Ketenteraman Awan/Trafik Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan seterusnya semua warga sekolah serta invividu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.