GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 28, 2017

AKTIVITI TERAPI AIR MURID PPKI

28 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1








Aktiviti terapi air untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran - PPKI) SKKK1 tahun 2017 bermula hari ini. Seramai 16 orang murid menyertai terapi air pada hari ini bersama 5 orang guru dan seorang PPM yang diadakan di Kolam Perdana Beach Resort Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Aktiviti terapi ini akan diadakan sepanjang tahun 2017 berselang seli dengan terapi kuda, yang mendapat kerjasama dari Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) Negeri Kelantan. Beberapa orang juru terapi telah memberi tunjuk ajar kepada semua guru dan murid yang hadir pada hari ini melakukan beberapa pergerakan di air termasuk cara-cara asas berenang.

Objektif Terapi Renang :
1. Melembutkan otot kasar dan halus
2. Membina keyakinan diri di dalam air
3. Mendapatkan cara berenang dengan betul
4. Melibatkan masyarakat luar dengan aktiviti berenang supaya mereka dapat memperuntukkan kemudahan yang sesuai bagi kanak-kanak berkeperluan khas
5. Murid-murid dapat menikmati kemudahan yang dirasai oleh orang awam
6. Melatih murid untuk sentiasa patuh pada arahan dan mementingkan keselamatan di mana sahaja terutamanya di tempat berisiko tinggi
 

LAWATAN CAKNA MURID

28 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1




Lawatan Cakna Murid bagi keluarga murid yang mengalami musibah kebakaran rumah kediaman pada minggu lepas telah diadakan oleh pihak sekolah pada 27 Februari 2017. Keluarga murid yang terlibat dengan musibah kebakaran itu merupakan murid tahun 2 Cekal adik Alya Zahra dan 3 Cakna adik Afif Zakwan. Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Tn Guru Besar, Tn Hj. Mohamed bin Che Noh dan beberapa orang guru SKKK1. Dalam lawatan tersebut Tn. Guru Besar telah menyampaikan sumbangan kewangan RM480 yang didermakan oleh seluruh warga sekolah melalui punggutan derma kilat dan menyampaikan sumbangan bag, peralatan sekolah serta satu set lengkap buku teks dan buku tulis. Pihak sekolah juga sedang berusaha untuk memberi sumbangan berupa pakaian sekolah kepada kedua-dua orang pasangan adik beradik tersebut kerana keluarga mereka sekarang hanya tinggal sehelai sepinggan. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringgankan keluarga mereka.

Feb 23, 2017

PROGRAM ANAK ANGKAT MURID UPSR 2017

23 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis rasmi penyerahan anak angkat murid UPSR 2017 kepada kesemua 100 orang guru SKKK1 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung MCN. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh guru besar dan semua guru tahun 6. Program anak angkat (yang dikenali dengan program Mentor mentee adalah salah satu program  kecemerlangan UPSR. 

Setiap orang guru mendapat 2 orang murid sebagai anak angkat. Anak-anak angkat ini perlu sentiasa berjumpa dengan ibu atau bapa angkat untuk mendapatkan nasihat, motivasi, bimbingan atau soalan-soalan yang boleh membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka.
 
Matlamat Program Anak Angkat Mentor Menter ini ialah untuk :-
1. Memberi fokus bimbingan yang lebih kepada pelajar 
2. Meningkatkan motivasi dan disiplin pelajar 
3. Menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri 
4. Membantu pelajar menghadapi UPSR
 

Feb 20, 2017

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2017

20 FEBRUARI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1












Majlis penyampaian watikah perlantikan pemimpin kecil SKKK1, Pengawas Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Briget ICT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah bagi sesi 2017 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh ACP Azli b. Md Noor Penolong Pengarah Pengurusan (kebajikan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG Tn. Mohd Yunus@Halim b. Tahir. 

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh, mengalu-alukan kedatangan ACP Azli b. Md Noor serta rombongan ke sekoloh dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua guru serta warga sekolah kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis pada hari ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin majlis seumpama ini dapat diadakan dengan jayanya. 

Antara Objektif program ini diadakan ialah :- 
1. Melahirkan Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang bertanggungjawab pada diri, rakan-rakan, ibu bapa, masyarakat dan negara. 
2. Membentuk identiti Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 
3. Memupuk semangat kerjasama, toleransi, berdikari dan berkeyakinan diri dalam kalangan pelajar. 
4. Meningkatkan motivasi kendiri pelajar. 
5. Melahirkan pemimpin pelajar yang kental dan berdaya saing bagi merialisasikan Visi dan Misi sekolah. 
6.Menyediakan pelbagai program bagi meningkatkankepimpinan pelajar.

Feb 16, 2017

PROJEK KEUSAHAWANAN MURID-MURID PPKI

16 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1








Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas. 


Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.
 
Sehubungan dengan itu Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SKKK1 telah menjalankan projek keusahawanan jualan air tebu pada 15 Februari 2017 (Rabu). Murid-murid kelas 4, 5 dan 6 terlibat secara langsung dalam projek ini dengan bimbingan dari semua guru-guru PPKI. Murid-murid tahun 6 ditugaskan untuk membuat jualan di bilik guru, di kantin sekolah dan di pejabat sekolah dengan harga RM3 untuk 2 cawan air tebu tanpa air batu. Hasil jualan yang diperolehi sepanjang jualan tersebut pada kali ini RM126 telah dimasukkan dalam tabung projek keusahawanan PPKI. 

Objektif Projek Keusahawanan PPKI SKKK1:-
  • Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan membaik pulih mudah dan menyedari potensi kea rah keusahawanan.
  • Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.
  • Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab.
  • Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.
  • Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,masyarakat dan sebagainya.
  • Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas.
  • Melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.
  • Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar  khas tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.