GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 28, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

28 JANUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis Penyampaian Bantuan  Khas Awal Persediaan Persekolahan  SK Kubang Kerian 1 telah diadakan dengan jayanya pada petang ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Wan Mohd Nazi b. Wan Hamat, Penyelaras Dun Demit dan UST. Shamsul b. Yusoff, Ketua Penerangan, Jentera Pilihanraya Dun Demit. Seramai 1 199 orang murid yang belajar di SKKK1 adalah layak menerima bantuan tersebut yang melibatkan murid-murid tahun 1 - 6 termasuk murid Pendidikan Khas.

Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada para tetamu jemputan En. Wan Mohd Nazi b. Wan Hamat, Penyelaras Dun Demit dan UST. Shamsul b. Yusoff, Ketua Penerangan, Jentera Pilihanraya Dun Demit dan semua ibu bapa/penjaga yang meluangkan masa untuk sama-sama berada dalam majlis pada petang ini. Beliau berpesan kepada semua ibu bapa yang hadir pada petang ini agar menggunakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk persekolahan anak masing-masing. Walaupun pada sesetengah orangnya jumlah RM 100 itu kecil tetapi besar bagi kebanyakan ibu bapa yang lain, oleh itu sama-sama kita semua bersyukur dan terima kasih atas rezeki yang diberikan. Walaupun semua kelengkapan persekolahan anak-anak telah di sediakan pada awal tahun baru-baru ini, namun wang yang diberikan pada hari ini hendaklah digunakan untuk persekolahan anak-anak pada masa yang akan datang. Contohnya kelengkapan buku latihan, buku rujukan, alat tulis, kelengkapan pakaian Kokurikulum dan lain-lain keperluan yang sesuai dan munasabah. 

Antara kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk murid-murid SKKK1 ialah:

1. Buku teks disediakan kepada semua murid(Warganegara Malaysia).
2. RMTS - 277 orang murid dengan kos RM 342 seorang setahun persekolahan selama 190 hari.
3. Wang Ihsan - 204 menelan belanja sebanyak RM 40 800 iaitu RM 200 seorang bagi keluarga yang berpendapatan RM 1 500 kebawah.
4. Bantuan Awal Persekolahan RM 100 diberikan kepada semua murid-murid tahun 1 - 6 termasuk murid Pendidikan Khas yang menelan belanja RM 199 900 iaitu melibatkan 1 199 orang murid.
5. KWAPM e Kasih - 46 orang. 6 orang miskin tegar yang diperuntukan sebanyak RM 700 seorang, menelan belanja sebanyak RM 4 200 dan selebihnya menerima bantuan Am Persekolahan sebanyak RM 450 yang menelan belanja sebanyak RM 18 000.
6. KWAPM - seramai 361 orang murid, diperuntukan  sebanyak RM 200 seorang yang melibatkan peruntukan sebnayk RM 72 200.

Akhirnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada petang ini.

Jan 22, 2013

MAJLIS TAKLIMAT IBUBAPA DAN AKU JANJI MURID TAHUN 6 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

22 JANUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



 Majlis taklimat, aku janji serta ceramah Motivasi Keibubapaan Murid-murid Tahun 6 SKKK 1 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Semua ibu bapa/penjaga dan seramai 221 orang murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini terlibat dalam majlis pada hari ini.  Ceramah Motivasi Keibubapaan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Hj. Musa (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Kelantan).

Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :-
- meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR SKKK 1 2013
- mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa
- memberi motivasi serta keyakinan yang tinggi di kalangan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR
- memaklumkan dan meminta sokongan daripada ibu bapa mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun 6 sepanjang tahun 2013

Dalam majlis ini juga, Tn. Guru Besar SKKK 1 memperkenalkan kepada semua ibu bapa, barisan pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat secara langsung mengajar tahun 6. Ibu bapa juga dimaklumkan, sebarang permasalahan serta pertanyaan yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak bolehlah berjumpa terus atau berbincang dengan guru-guru tahun 6 yang telah diperkenalkan untuk sama-sama meningkatkan kejayaan yang cemerlang anak masing-masing.Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan ibu bapa untuk berbincang perkembangan anak masing-masing.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak masing-masing, dalam peperiksaan yang bakal diduduki akhir tahun ini. Katanya lagi, Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan murid. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar kejayaan yang cemerlang akan diperolehi oleh semua murid yang belajar di SKKK1 ini.Insyallah.

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa pada hari ini untuk sama-sama hadir ke majlis yang di adakan ini. Seterusnya terima kasih juga kepada semua guru serta kakitangan SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis pada hari ini. Susulan pertemuan serta perbincangan akan turut diadakan selepas ini sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR hujung tahun nanti. Insyallah.

Jan 14, 2013

EVIDEN DAN CONTOH RPH KSSR MATEMATIK TAHUN 3

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia bersama-sama ini dikongsi link EVIDEN MATEMATIK TAHUN 3 KSSR dan CONTOH RPH KSSR MATEMATIK untuk guru Matematik dan kepada yang berminat. Untuk makluman semua bahan disimpan di 4shared dalam bentuk winzip / winrar. Sekian, terima kasih.

Sumber Bahan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

Jan 10, 2013

DOKUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 2

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 
1 DSP Bahasa Malaysia SK Tahun 2 2 DSP Bahasa Inggeris SK Tahun 2 3 DSP Bahasa Cina SK Tahun 2 4 DSP Bahasa Tamil SK Tahun 2 5 DSP Bahasa Arab Tahun 2 6 DSP Matematik SK Tahun 2 7 DSP Pendidikan Jasmani Tahun 2 8 DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2 9 DSP Dunia Seni Visual Tahun 2 10 DSP Dunia Muzik Tahun 2 11 DSP Pendidikan Moral Tahun 2 12 DSP Bahasa Iban Tahun 2 13 DSP Kadazandusun Tahun 2 14 DSP Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 15 DSP Pendidikan Islam Tahun 2 Sumber perolehan bahan : http://cikgushamsudin.blogspot.com


DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 3

RPT KSSR TAHUN 3

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 3 - 2013 Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 3 - 2013 RPT MATEMATIK THN 3 2013 Shared By Kump Matematik Kluang, Johor RPT MATEMATIK THN 3 2013 shared by kump matematik kluang, johot RPT BM KSSR_THN3 SK by Spa Jp Pahang Rpt Bm Kssr_thn3 Sk by Spa Jp Pahang Rpt DUNIA SENI VISUAL Thn 3 by Sifat Abas Rpt Dsv Thn 3 by Sifat Abas Rpt Muzik Thn 3 Shared by Mary Rpt Muzik Thn 3 Shared by Mary RPT KSSR Sains Tahun 3 SK RPT KSSR Sains Tahun 3 SK - Mahmuddin Purag RPT KSSR Pendidikan Islam Tahun 3 RPT KSSR Pendidikan Islam Tahun 3 RPT Bahasa Arab Tahun 3 KSSR PPD Gombak RPT Bahasa Arab Tahun 3 KSSR PPD Gombak RPT Pendidikan Kesihatan Tahun 3 (KSSR) by CIkgu Sahrom RPT Pendidikan Kesihatan Tahun 3 (KSSR) by CIkgu Sahrom Rancangan Pengajaran Tahunan BI Tahun 3 KSSR - Yearly Scheme of Work Year Three 2013 Rancangan Pengajaran Tahunan BI Tahun 3 KSSR - Yearly Scheme of Work Year Three 2013 Rpt Moral Tahun 3 Kssr Ppdpg Shared by Suresh Rpt Moral Tahun 3 Kssr Ppdpg Shared by Suresh Rpt Kssr Pendidikan jasmani Tahun 3 Cikgu_laoshi Rpt Kssr Pendidikan jasmani Tahun 3 Cikgu_laoshi

RPT KSSR TAHUN 2 PENDIDIKAN MORAL

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun Dua, 2012 - Pendidikan Moral Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 BAHASA ARAB

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Tahunan Bahasa Arab KSSR Tahun 2 - 2012 Sumber Perolehan :http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 DUNIA MUZIK

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Tahunan Dunia Muzik KSSR Tahun 2 - 2012 Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 DUNIA SENI VISUAL

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni Visual Tahun 2 KSSR SK, 2012 Sumber Perolehan :http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 PENDIDIKAN ISLAM

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" PENGGAL 1 Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR, 2012 - Penggal 1 PENGGAL 2 Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR, 2012 - Penggal 2 Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 BAHASA INGGERIS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" RT ini dikatakan untuk SK. Guru BI sila buat semakan. Rancangan Pengajaran Tahunan English Year 2 KSSR (SK), 2012 Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 BAHASA INGGERIS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" RT ini dikatakan untuk SJK. Guru BI sila buat semakan. Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 2 KSSR, 2012 Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 PENDIDIKAN KESIHATAN

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 2, 2012 Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 PENDIDIKAN JASMANI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Pengajaran Tahunan Kssr Pendidikan Jasmani Tahun 2, 2012 Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 TMK

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Pengajaran Tahunan TMK Tahun 2, 2012 - terkini Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 BAHASA MELAYU

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR BM Tahun 2, 2012 Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" VERSI 1 Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 2, 2012 VERSI 2 Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Sains & Teknologi Tahun 2, 2012 - versi 2 terkini Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

RPT KSSR TAHUN 2 MATEMATIK

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

RPT Matematik Tahun 2, KSSR (2012) by shamsudinmohdrosli

Sumber Perolehan : http://cikgushamsudin.blogspot.com

Jan 7, 2013

PERHIMPUNAN MINGGUAN PERTAMA 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

6 JANUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Perhimpunan Mingguan (Ahad) pertama untuk sesi persekolahan 2013 telah diadakan pada hari ini di medan perhimpunan sekolah. Semua guru dan murid SKKK1 berkumpul dalam 1 majlis dan mendengar amanat pertama 2013 yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1. Dalam ucapan/amanat yang diberikan pada pagi ini, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan selamat datang kepada semua warga sekolah dan berpesan agar semua guru dan murid sama-sama melipat gandakan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam 2013 samada dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Semoga kejayaan yang diraih sebelum ini berkekalan dan terus cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan Motto SKKK1 "SENTIASA TERATAS" dan Visi SKKK1 "SK KUBANG KERIAN 1 CEMERLANG DALAM SEMUA ASPEK MENJELANG 2015"




Jan 2, 2013

SELAMAT BERTUGAS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

2 JANUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1


Selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada  Pn. Nurul Aini bt. Ismail, Guru Pra Integrasi Pendidikan Khas yang telah bertukar ke SK Bendang Pauh Pasir Mas sebagai guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula 1 Januari 2013. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, sokongan yang telah diberikan sepanjang berada di SK. Kubang Kerian 1.

Seluruh warga sekolah juga mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga SKKK1 buat YM Tg. Rajhan Izni bt. Tuan Mohd Hashim dari SK Seri Wakaf Bharu, Tumpat mengantikan Pn. Nurul Aini bt. Ismail sebagai guru Pra Integrasi Pendidikan Khas SKKK1.

Jan 1, 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

1 JANUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Penggal persekolahan 2013 yang bermula pada hari ini, kelihatan begitu meriah. Murid-murid begitu bersemangat membawa buku, peralatan serta pakaian sekolah yang baru, walaupun hujan dan terpaksa mengarungi air di perkarangan sekolah. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid-murid SKKK1 dan selamat menjadi warga SKKK1 bagi murid Pra Sekolah dan juga murid-murid tahun 1. Beliau berharap semangat yang ditunjukkan hari ini akan dapat dikekalkan sehingga di akhir tahun dan seterusnya dapat mencapai pelbagai kecemerlangan dalam bidang Akademik dan juga Kokurikulum.






PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.