GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 14, 2015

Majlis Beramah Mesra Guru-guru dan PIBG Sekolah Bersama Ybrs.Dato' Muhammad bin Hj Abd Ghani

SK Kubang Kerian-13 September 2015

Majlis Beramah Mesra Guru-guru dan PIBG Sekolah bersama Ybrs.Dato' Muhammad bin Hj Abd Ghani Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian telah diadakan di Anjung Bestari pada jam 1.00 petang. Dalam ucapannya beliau menyarankan agar guru-guru SKKK1 manjadi ikon kepada masyarakat setempat. Beliau juga menyeru agar guru-guru dan masyarakat hidup bersatu padu untuk kesejahteraan dan keharmonian anak bangsa dan negara.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di kantin.Tujuan lawatan beliau ke SKKK1 adalah untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat.Keperihatinan Dato' amat dihargai oleh seluruh warga SKKK1.





Sep 13, 2015

Ceramah Kesihatan HIV Untuk Murid tahun 6

SK KUBANG KERIAN 1 - 13 SEPTEMBER 2015

Ceramah Kesihatan HIV Untuk Murid tahun 6 telah diadakan pada hari ini tepat jam 9.00 pagi di Anjung Bestari.Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid dan guru-guru mengenai HIV .Ceramah telah disampaikan oleh dua orang Jururawat dari Klinik Kesihatan Kubang Kerian.






PERHIMPUNAN MINGGUAN

SK KUBANG KERIAN 1 - 13 SEPTEMBER 2015

Perhimpunan mingguan pada minggu ini telah dimulai dengan ucapan guru bertugas pada minggu lepas iaitu En.Che Hamdan bin Hamid.Majlis pada pagi ini diwarnai dengan persembahan Action Song yang latih oleh guru praktikal iaitu Cik Sofea Nadia.Majlis diakhiri dengan ucapan PK Hem yang meminta murid-murid menjaga disiplin semasa berada disekolah.




Sep 8, 2015

KURSUS KEM KECEMERLANGAN JAWI PERINGKAT SEKOLAH

SK KUBANG KERIAN 1 - 8 SEPTEMBER 2015

Panitia Pendidikan Islam hari ini telah mengadakam Kem Kecemerlangan Jawi (KCJ) Peringkat Sekolah 2015 pada hari ini.Kem ini telah dihadiri oleh semua guru Pendidikan Islam dan KAFA.Penceramah Jemputan  ialah Al Fadhil Ustaz Mansor bin Mohamad (Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka - Jawi).Pengisian Program ini ialah merangkumi teknik-teknik serta kaedah menulis dan membaca jawi yang betul.Program ini berlangsung selama 2 jam setengah.Majlis bersurai pada jam 4.30 petang yang diakhiri dengan jamuan ringan.Semoga program ini dapat dijadikan penggerak untuk guru-guru GPI SKKK1 untuk memartabatkan jawi di peringkat sekolah.










SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR UNTUK SEMUA MURID TAHUN 6 SKKK1 2015



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR UNTUK SEMUA MURID TAHUN 6 SKKK1 2015

SK KUBANG KERIAN 1 - 8 SEPTEMBER 2015
Seramai 183 calon telah mendiduki pepeperiksaan UPSR pada hari .Sebelum memasuki dewan peperiksaan pelajar telah diberi kata-kata perangsang dan semangat oleh guru-guru tahun 6 yang dipengerusikan oleh Cikgu Suhaimi. Sesi penerangan tersebut murid-murid hendaklah menjawab soalan dengan tenang dan teliti semasa membaca arahan soalan.
            Wakil dari JPN iaitu Tn Hj Tarmizi bin Hj Musa telah melawat pusat peperiksaan sebelum murid-murid menduduki subjek pertama pada hari ini.Tn Hj amat berpuas hati dengan perjalanan peperiksaaan pada hari ini.Tn Hj telah diiringi oleh Tn Hj Abd Razak selaku Penolong Kanan Pentadbiran melawat dewan peperiksaan.







Sep 7, 2015

MAJLIS RESTU ILMU SKKK1

SK KUBANG KERIAN 1- 8 SEPTEMBER 2015

Majlis restu ilmu 2015 untuk calon - calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan di Anjung Bestari pada pagi ini.Majlis yang berjalan dalam suasana yang penuh sayu ini memberi ruang untuk semua guru-guru memberi semangat dan mengukir  kata-kata terakhir untuk  calon-calon yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.Majlis dimulai dengan ucapan Guru Besar,Wakil Guru,Wakil Murid dan ucapan guru-guru tahun 6 yang disiarkan melalui tayangan slaid.Majlis diakhiri dengan acara menyuap pulut kuning dan bersalam-salaman antara guru dan semua murid tahun 6. Semua guru SKKK1 mengaharapkan agar semua calon mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki pada besok hari.Guru-guru SKKK1 merestui dan mengalalkan semua ilmu yang telah dipelajari.Selamat Berjaya.SKKK1 SENTIASA TERATAS.













Sep 5, 2015

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT PERDANA SKKK1

SK KUBANG KERIAN 1 - 5 SEPTEMBER 2015

Majlis sembahyang hajat perdana untuk murid SKKK1 yang akan menduduki UPSR telah diadakan di Masjid As Solihin Kubang Kerian pada 3 September 2015.Majlis sembahyang hajat dan bacaan yassin ini telah dihadiri oleh semua guru dan Ibu bapa SKKK1.Majlis pada kali ini mendapat sambutan yang amat baik di kalangan ibu bapa,guru dan masyarakat setempat.Majlis bermula seawal 7.00 malam.Para ibu bapa juga telah membawa pelbagai juadah untuk menjamu selera selepas majlis ini selesai.Majlis solat hajat dan bacaan yassin ini turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar SKKK1 dan YDP PIBG.Majlis ini  telah diimami oleh Imam Masjid Assolihin.Semoga program sebegini dikekalkan dan dapat diteruskan dimasa akan datang...Insyaallah.









PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.