3 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
Pengurusan
Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim
yang lain . Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan
pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab memberikan
pendedahan dan ilmu kepada murid seawal mungkin bagi memahami pengurusan tersebut
maka jawatankuasa program telah mengambil langkah menganjurkan Kursus
Pengurusan Jenazah untuk murid-murid tahun 6 SKKK1 2016 Usaha ini juga
diharapkan dapat membantu murid memahami cara pengurusan jenazah
sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim . Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan
panduan ke arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat
melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka kelak.
Sehubungan dengan itu Kursus Pengurusan Jenazah untuk murid-murid tahun 6 SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Program tersebut merupakan salah satu aktiviti yang diadakan setiap tahun selepas peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6. Kursus telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Kasyuwadi, Pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan.
Objektif Utama Kursus :-
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.
- Memupuk semangat ingin mempelajari ilmu fardhu kifayah.
- Memiliki semangat berpasukan, dan sikap muhibah di antara satu sama lain.
- Memperkembangkan potensi diri dikalangan murid dengan mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment