GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 30, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


Oct 24, 2018

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI 2018

24 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Aktiviti : Sambutan Hari Lahir Murid-murid PPKI (Julai - Disember)
Tarikh : 23 Oktober, 2018
Masa : 9.30 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Anjung TRW SKKK1
Tema : Flora dan Fauna

 











Oct 22, 2018

PENYAMPAIAN CENDERAHATI MURID PROKHAS PPKI

22 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Penyampaian Cenderahati kepada 12 orang murid PPKI SKKK1 yang telah berjaya menyelesaikan tugasan PROKHAS 1 dan 2 oleh Tn Guru Besar En. Mohd Zaidi bin Yusof telah diadakan pada 21 Oktober, 2018 (Ahad) bertempat di Medan Perhimpunan Pagi. Dalam ucapan ringkasnya Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya menghasilkan tugasan yang diberikan dengan baik dan cemerlang sekali. Beliau berharap semoga lebih banyak kejayaan akan di capai pada masa akan datang dan beliau juga berharap semoga semua anak-anak didik SKKK1 sentiasa cemerlang dalam setiap bidang yang disertai samada dalam bidang Kurikulum atau Kokurikulum. Insyallah.






PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

22 OKT 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Penyampaian Sijil Penghargaan (Gangsa)
Kejohanan Sofbol Luar Musim Bawah 11 Tahun
Peringkat Negeri Kelantan 
Tahun 2018

Tarikh : 19 - 20 Oktober, 2018
Tempat : SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1
Tanah Merah Kelantan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain.





Oct 19, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT PRASEKOLAH 2018

19 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1








Program amalam pemakanan sihat prasekolah bersama ibu bapa dan penjaga telah diadakan di Pra Sekolah SKKK1 pada 18 Oktober 2018. Program ini merupakan aktiviti yang menggalakkan pemakanan sihat dan berkhasiat di kalangan murid prasekolah. Ibu bapa yang turut serta dalam program tersebut didedahkan dengan hidangan makanan yang berkhasiat, jumlah makanan yang diambil dan jenis-jenis set makanan yang sesuai untuk murid prasekolah kerana ia penting untuk tumbesaran serta perkembangan kanak-kanak tersebut.Sebelum aktiviti dijalankan, PK HEM SKKK1, Pn Anishah bt Ibrahim telah memberi taklimat serta penerangan kepada semua ibubapa dan penjaga yang hadir tentang amalan pemakanan sihat dikalangan anak-anak prasekolah.

Objektif Utama Aktiviti ini ialah:
  • menyediakan menu sihat di prasekolah
  • menyebarkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar (iaitu kanak-kanak/ibu bapa/pembantu pengurusan murid)
  • meningkatkan kemahiran penyediaan makanan sihat melalui aktiviti/latihan/kursus kepada guru, pembantu pengurusan murid dan juga ibu bapa penjaga.

JAMUAN SEMPENA MERAIKAN CALON PASR 2018

19 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1







 

Jamuan sempena meraikan Calon PASR yang telah berjaya menyelesaikan semua tugasan ProKhas 1 dan Prokhas 2 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di KFC Kubang Kerian (12 orang Calon PASR) dan Anjung TRW (lain-lain murid).
 
Tarikh: 18 OKT 2018 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi
Tempat:
 1.KFC Kubang Kerian
✏️Pentadbir Skkk1
✏️Pylrs kurikulum/hem/koko
✏️Pentaksir & Pemb. Prokhas 1/2
✏️Calon PASR 2018 (12 orang)
 
2. Anjung TRW
✏️Guru, guru praktikum & PPM
✏️bukan calon PASR & Tahap 1

Oct 14, 2018

SELAMAT DATANG KE SKKK1

14 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

 






Selamat datang rombongan dari SKKK3 ke SKKK1 menghantar En. Mohd Zaid bin Abdullah sebagai Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1 yang baru mengantikan Pn Anishah bt Ibrahim yang telah menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan HEM SKKK1. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat datang, tahniah dan selamat bertugas, bersama-sama bekerjasama, mengembelingkan tenaga untuk kejayaan anak-anak didik SKKK1. Insyallah.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PAMERAN BUKU SKKK1

14 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 


Majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah dan hadiah galakan sumbangan bahan terbuang sempena Pameran Buku SKKK 1 yang di adakan pada Ahad dan Isnin minggu lepas telah diadakan pada hari ini di perhimpunan pagi. Seramai 15 orang murid telah terpilih memenangi hadiah cabutan bertuah dan seramai 2 orang murid menerima hadiah galakan sumbangan bahan terbuang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Pentadbiran dan Tn Guru Besar SKKK1.

Oct 13, 2018

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018

13 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1







Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 


Sehubungan dengan itu semua kakitangan dan murid-murid  SKKK1 telah turut serta menjalankan aktiviti bersukan (senamrobik) pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof.

OBJEKTIF HARI SUKAN NEGARA
a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi. 
 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.