Sambutan Hari Sukan Negara telah di
isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan
Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke
arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’
(Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda
nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Sehubungan dengan itu semua kakitangan dan murid-murid SKKK1 telah turut serta menjalankan aktiviti bersukan (senamrobik) pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof.
OBJEKTIF HARI SUKAN NEGARA
a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

No comments:
Post a Comment