GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 7, 2016

KEM CEMERLANG JAWI MURID TAHUN 2 DAN 3

7 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) diharapkan agar mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis jawi dengan sempurna. 

Sehubungan dengan itu Kem Cemerlang Jawi untuk murid-murid tahun 2 dan 3 SKKK1 telah diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Matlamat Kem Cemerlang Jawi SKKK1 adalah untuk mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah.

OBJEKTIF  

Semua murid Islam sekolah rendah yang mengikuti Kem Cemerlang Jawi akan dapat: i. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung. 
ii. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup. 
iii. Membaca dan menulis ayat pendek mengikut kaedah yang betul.  

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.