SK Kubang
Kerian 1 sekali lagi mencatat sejarah apabila dapat melaksanakan Program
Kayuhan Emas kali ke 5 dengan jayanya pada pagi ini. Tn Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh telah turut sama berkayuh bersama murid dan beberapa orang guru. Program yang berlansung pada 20 dan 21
Oktober 2016 ini telah disertai oleh seramai 53 orang murid, 13 orang murid perempuan dan 40 orang murid lelaki, termasuk 2 orang murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran. Pantai Kemayan Bachok menjadi pilihan destinasi Program Kayuhan Emas pada kali ini. Dalam perjalanan ke Pantai Kemayan Bachok peserta kayuhan berhenti di SK Kota Jembal pada jam 8.30 pagi (hentian 1) dan SK Tawang pada jam 10.15 pagi (hentian 2). Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada kedua-dua buah sekolah tersebut kerana bermurah hati menyediakan juadah jamuan untuk semua peserta kayuhan Emas 5, SKKK1. Peserta kayuhan selamat tiba di Pantai Kemayan Bachok sekitar jam 12.00tgh. Syabas
dan tahniah diucapkan kepada semua peserta Kayuhan Emas 2016 dan Unit Kokurikulum
SKKK1.Semoga program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Insyallah.
GURU-GURU SKKK1 2022
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENAFIAN
SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.
SK KUBANG KERIAN 1.
PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN
Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment