GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 1, 2017

TAKLIMAT BERSAMA IBUBAPA MURID PPKI DAN BSN

1 MAC 2017 - SK KUBANG KERIAN 1



Majlis taklimat bersama ibubapa murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) dan Bank Simpanan Nasional untuk akaun BSN Smart Junior telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan SKKK1 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tgh. Taklimat ini diadakan bagi menerangkan kepada semua ibu bapa murid PPKI yang telahpun mempunyai akaun simpanan BSN tentang kelebihan dan faedah akaun simpanan BSN Smart Junior yang boleh dinikmati oleh murid-murid dan ibu bapa. Dalam taklimat yang sama juga para ibu bapa di nasihatkan agar menukarkan akaun berdua atau akaun amanah kepada akaun individu atas nama persendirian anak-anak mereka. 

Dengan simpanan sebanyak RM 150.00 sahaja di dalam akaun BSN, seorang murid yang berumur 7 hingga 21 tahun layak untuk menjadi ahli BSN Smart Junior. Banyak keistimewaan yang bakal diperoleh selain perlindungan takaful bernilai sehingga 10 kali ganda nilai simpanan.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pk HEM SKKK1 Pn. Hjh. Norani bt. Abdullah dan PK Pendidikan Khas, En Che Azhar bin Che Ismail.

Feb 28, 2017

AKTIVITI TERAPI AIR MURID PPKI

28 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1








Aktiviti terapi air untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran - PPKI) SKKK1 tahun 2017 bermula hari ini. Seramai 16 orang murid menyertai terapi air pada hari ini bersama 5 orang guru dan seorang PPM yang diadakan di Kolam Perdana Beach Resort Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Aktiviti terapi ini akan diadakan sepanjang tahun 2017 berselang seli dengan terapi kuda, yang mendapat kerjasama dari Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) Negeri Kelantan. Beberapa orang juru terapi telah memberi tunjuk ajar kepada semua guru dan murid yang hadir pada hari ini melakukan beberapa pergerakan di air termasuk cara-cara asas berenang.

Objektif Terapi Renang :
1. Melembutkan otot kasar dan halus
2. Membina keyakinan diri di dalam air
3. Mendapatkan cara berenang dengan betul
4. Melibatkan masyarakat luar dengan aktiviti berenang supaya mereka dapat memperuntukkan kemudahan yang sesuai bagi kanak-kanak berkeperluan khas
5. Murid-murid dapat menikmati kemudahan yang dirasai oleh orang awam
6. Melatih murid untuk sentiasa patuh pada arahan dan mementingkan keselamatan di mana sahaja terutamanya di tempat berisiko tinggi
 

LAWATAN CAKNA MURID

28 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1




Lawatan Cakna Murid bagi keluarga murid yang mengalami musibah kebakaran rumah kediaman pada minggu lepas telah diadakan oleh pihak sekolah pada 27 Februari 2017. Keluarga murid yang terlibat dengan musibah kebakaran itu merupakan murid tahun 2 Cekal adik Alya Zahra dan 3 Cakna adik Afif Zakwan. Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Tn Guru Besar, Tn Hj. Mohamed bin Che Noh dan beberapa orang guru SKKK1. Dalam lawatan tersebut Tn. Guru Besar telah menyampaikan sumbangan kewangan RM480 yang didermakan oleh seluruh warga sekolah melalui punggutan derma kilat dan menyampaikan sumbangan bag, peralatan sekolah serta satu set lengkap buku teks dan buku tulis. Pihak sekolah juga sedang berusaha untuk memberi sumbangan berupa pakaian sekolah kepada kedua-dua orang pasangan adik beradik tersebut kerana keluarga mereka sekarang hanya tinggal sehelai sepinggan. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringgankan keluarga mereka.

Feb 23, 2017

PROGRAM ANAK ANGKAT MURID UPSR 2017

23 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis rasmi penyerahan anak angkat murid UPSR 2017 kepada kesemua 100 orang guru SKKK1 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung MCN. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh guru besar dan semua guru tahun 6. Program anak angkat (yang dikenali dengan program Mentor mentee adalah salah satu program  kecemerlangan UPSR. 

Setiap orang guru mendapat 2 orang murid sebagai anak angkat. Anak-anak angkat ini perlu sentiasa berjumpa dengan ibu atau bapa angkat untuk mendapatkan nasihat, motivasi, bimbingan atau soalan-soalan yang boleh membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka.
 
Matlamat Program Anak Angkat Mentor Menter ini ialah untuk :-
1. Memberi fokus bimbingan yang lebih kepada pelajar 
2. Meningkatkan motivasi dan disiplin pelajar 
3. Menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri 
4. Membantu pelajar menghadapi UPSR
 

Feb 20, 2017

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2017

20 FEBRUARI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1












Majlis penyampaian watikah perlantikan pemimpin kecil SKKK1, Pengawas Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Briget ICT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah bagi sesi 2017 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh ACP Azli b. Md Noor Penolong Pengarah Pengurusan (kebajikan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG Tn. Mohd Yunus@Halim b. Tahir. 

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh, mengalu-alukan kedatangan ACP Azli b. Md Noor serta rombongan ke sekoloh dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua guru serta warga sekolah kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis pada hari ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin majlis seumpama ini dapat diadakan dengan jayanya. 

Antara Objektif program ini diadakan ialah :- 
1. Melahirkan Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang bertanggungjawab pada diri, rakan-rakan, ibu bapa, masyarakat dan negara. 
2. Membentuk identiti Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 
3. Memupuk semangat kerjasama, toleransi, berdikari dan berkeyakinan diri dalam kalangan pelajar. 
4. Meningkatkan motivasi kendiri pelajar. 
5. Melahirkan pemimpin pelajar yang kental dan berdaya saing bagi merialisasikan Visi dan Misi sekolah. 
6.Menyediakan pelbagai program bagi meningkatkankepimpinan pelajar.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.