Aktiviti terapi air untuk
murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran - PPKI)
SKKK1 tahun 2017 bermula hari ini. Seramai 16 orang murid menyertai terapi air
pada hari ini bersama 5 orang guru dan seorang PPM yang diadakan di Kolam Perdana Beach Resort Pantai Cahaya Bulan
Kota Bharu. Aktiviti terapi ini akan diadakan sepanjang tahun 2017 berselang
seli dengan terapi kuda, yang mendapat kerjasama dari Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK)
Negeri Kelantan. Beberapa orang juru terapi telah memberi tunjuk ajar kepada
semua guru dan murid yang hadir pada hari ini melakukan beberapa pergerakan di
air termasuk cara-cara asas berenang.
Objektif Terapi Renang :
1. Melembutkan otot kasar dan halus
2. Membina keyakinan diri di dalam
air
3. Mendapatkan cara berenang dengan
betul
4. Melibatkan masyarakat luar dengan
aktiviti berenang supaya mereka dapat memperuntukkan kemudahan yang sesuai bagi
kanak-kanak berkeperluan khas
5. Murid-murid dapat menikmati
kemudahan yang dirasai oleh orang awam
6. Melatih murid untuk sentiasa
patuh pada arahan dan mementingkan keselamatan di mana sahaja terutamanya di
tempat berisiko tinggi
No comments:
Post a Comment