21 SEPTEMBER 2026/ ISNIN
ANJUNG MCN SKKK1
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap kenangan akan kekal menjadi sebahagian daripada perjalanan.”
Warga Skurians merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada HM Rozanita bt Ismail atas segala jasa, bakti, dedikasi dan sumbangan sepanjang berkhidmat bersama keluarga besar SK Kubang Kerian 1
Sesungguhnya, kehadiran HM telah mencorakkan banyak kenangan indah yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
Sempena pertukaran guru besar ini, kami mendoakan agar perjalanan HM di tempat baharu dipermudahkan, dikurniakan kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah.
Jasamu tetap terpahat di hati kami.
Selamat bertugas di tempat baharu, Puan HM Rozanita Ismail








No comments:
Post a Comment