Seluruh warga SKKK1 mengucapkan selamat bertukar, selamat Maju Jaya, sekalung tahniah dan selamat bertugas di sekolah baru SK Sri Bemban, Kota Bharu sebagai Penolong Kanan Kokurikulum kepada Cikgu Azahari bin Muhamad secara rasminya pada 9 April, 2017. Guru besar dan barisan pentadbir mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang berada di SKKK1. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua tidak mungkin sesuatu tugas dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga dengan perlantikan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum akan memberi lebih semangat untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa di masa ke semasa. Insyallah.
GURU-GURU SKKK1 2022
Apr 9, 2017
Apr 5, 2017
AKTIVITI KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017
5 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Program
Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian
Pelajaran Malaysia yang diurus seliakan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP). Program ini bermula pada tahun 2009 bertujuan
mengukuhkan tabiat dan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah,
menanam sikap cintakan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Tema : "Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia"
Sehubungan dengan itu
SKKK1 telah menganjurkan beberapa aktiviti mengikut tahap murid pada 4
(tahap 1) dan 5 (tahap 2) April, 2017. Tahap 1 aktiviti mewarna dan
tahap 2 membuat penanda buku mengikut idea dan kreativiti masing-masing.
Objektif KM1M:
- Memupuk minat membaca secara berterusan dikalangan murid-murid.
- Mengukuhkan tabiat dan budaya membaca dikalangan warga sekolah.
- Memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat.
- Menanam sikap cintakan ilmu.
Apr 4, 2017
UJIAN SEGAK 2017
4 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Ujian SEGAK bagi murid-murid tahun 4 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Ujian hari ini hanya melibatkan semua murid tahun 4 sahaja. Murid tahun 5 akan diadakan pada hari Rabu dan hari Khamis untuk murid tahun 6. Semua guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani terlibat dalam ujian ini.
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid
sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur
ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah
diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti
iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan
"Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
Konstruk yang diukur:
- Perkembangan fizikal murid
- Kecergasan
- Senaman
PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 BERSAMA PENTADBIR
4 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 bersama
guru-guru dan pentadbir sekolah telah diadakan pada 3 APRIL, 2017 ini bertempat di bilik
gerakan SKKK1. Perjumpaan pada hari ini melibat ibu bapa bagi murid-murid
tahun 6 yang berada di kelas 6 Cakna dan 6 Cekal sahaja. Perjumpaan
bersama ibu bapa murid-murid yang berada di kelas lain akan diadakan pada hari
lain dalam masa terdekat. Dalam perjumpaan tersebut, Guru Besar Tn. Hj. Mohamed
b. Che Noh mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan mengucapkan terima kasih
di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah.
Dalam perjumpaan ini juga, guru besar mengajak semua ibu
bapa yang hadir pada hari ini supaya sama-sama berganding bahu dengan pihak
sekolah untuk membimbing dan mengawal pergerakan anak-anak menjelang
peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Guru-guru di sekolah akan sentiasa
memberi bimbingan secara individu atau kumpulan untuk membimbing murid-murid
yang lemah, manakala ibu bapa dirumah pula diminta untuk memastikan anak-anak
membuat tugasan/kerja/latihan yang diberikan oleh guru. Semoga usaha yang
bersungguh-sungguh ini akan membuahkan kejayaan yang cemerlang dalam keputusan
UPSR nanti. Insyallah.
Apr 3, 2017
CERAMAH AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN GIGI
3 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Ceramah dan tunjuk cara secara praktikal amalan memberus gigi dengan cara yang betul telah diadakan pada hari ini di bawah anjuran bersama Pelajar Praktikum Perubatan Pergigian HUSM dan Klinik Gigi Kubang Kerian. Semua murid tahap 1, tahun 1,2 dan 3 termasuk murid-murid Pendidikan Khas terlibat dalam program ini bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Ceramah
ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan kebersihan gigi supaya ia dapat berfungsi sepanjang hayat.Murid-murid telah ditunjukan cara memberus gigi dengan betul dan amalan penjagaan gigi sepanjang masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.
SK KUBANG KERIAN 1.
PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN
Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.






















