Majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 bersama
guru-guru dan pentadbir sekolah telah diadakan pada 3 APRIL, 2017 ini bertempat di bilik
gerakan SKKK1. Perjumpaan pada hari ini melibat ibu bapa bagi murid-murid
tahun 6 yang berada di kelas 6 Cakna dan 6 Cekal sahaja. Perjumpaan
bersama ibu bapa murid-murid yang berada di kelas lain akan diadakan pada hari
lain dalam masa terdekat. Dalam perjumpaan tersebut, Guru Besar Tn. Hj. Mohamed
b. Che Noh mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan mengucapkan terima kasih
di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah.
Dalam perjumpaan ini juga, guru besar mengajak semua ibu
bapa yang hadir pada hari ini supaya sama-sama berganding bahu dengan pihak
sekolah untuk membimbing dan mengawal pergerakan anak-anak menjelang
peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Guru-guru di sekolah akan sentiasa
memberi bimbingan secara individu atau kumpulan untuk membimbing murid-murid
yang lemah, manakala ibu bapa dirumah pula diminta untuk memastikan anak-anak
membuat tugasan/kerja/latihan yang diberikan oleh guru. Semoga usaha yang
bersungguh-sungguh ini akan membuahkan kejayaan yang cemerlang dalam keputusan
UPSR nanti. Insyallah.
No comments:
Post a Comment