Perkhemahan adalah penting
untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan
konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat
menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru
yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga
dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan
kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini
perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi
diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu
menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk
“outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari
dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
Sehubungan dengan ini Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK1
telah menganjurkan pra perkhemahan 2 hari satu malam untuk murid-murid
PPKI bermula petang hari Isnin hingga pagi hari selasa bertempat di perkarangan kelas PPKI. Seramai 15 orang
murid telah terlibat dalam aktiviti pra perkhemahan ini. Beberapa
aktiviti mudah seperti latihan mendirikan khemah, aktiviti pertolongan cemas, ikatan, sembahyang berjemaah dan tazkirah telah diadakan sepanjang perkhemahan berlangsung.
OBJEKTIF
- Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
- Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
- Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratu dan berdisiplin.
- Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
- Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
- Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing
No comments:
Post a Comment