GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 8, 2014

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PK KOKURIKULUM

8 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1
 

Seluruh warga SKKK1 mengucapkan......Tahniah.....Selamat Datang, Selamat Bertugas dan Selamat menjadi warga SKKK1 buat PK Kokurikulum, Pn. Rozanita bt. Ismail atau mesra dengan panggilan Kak Roza (dari SK Padang Mokan) yang memulakan tugas sebagai PK Kokurikulum SKKK1 pada pertengahan Disember, baru-baru ini.

AKTIVITI DI AWAL PAGI MURID TAHUN 6

8 JANUARI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU KELANTAN



Bermula minggu ke dua persekolahan sesi 2014 (Isnin), semua murid tahun 6 (wajib) bersama guru, khasnya guru tahun 6 memulakan aktiviti harian persekolahan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Aktiviti ini dikendalikan oleh semua pentadbir sekolah bersama-sama guru tahun 6 dan merupakan salah satu aktiviti Panitia Pendidikan Agama Islam. Aktiviti ini bermula jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap, usaha murni ini akan sentiasa mendapat keberkatan dari maha pencipta ALLAH SWT, menganugerahkan kejayaan demi kejayaan khas buat anak-anak tahun 6 dan semua yang belajar di SK. Kubang Kerian 1 dalam apa jua bidang yang diceburi samada akademik dan kokurikulum....Insyallah

AKTIVITI MENARIK SEPANJANG MINGGU TRANSISI TAHUN 1 2014

7 JANUARI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

 

Minggu Transisi Tahun 1 2014 bagi SKKK1 telah dan sedang dijalankan oleh guru-guru tahun 1 dengan mengadakan pelbagai acara  yang dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.  

Secara amnya Minggu Transisi bertujuan untuk membantu murid tahun 1 yang baru memulakan sesi persekolahan menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan bermula 1 Januari, 2014 hingga 16 Januari, 2014 dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang dirancang untuk mereka.

Antara objektif dan tujuan minggu transisi di adakan ialah :-
  • Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran , guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat
  • Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif , emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1
  • Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru
  • Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1
  • Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1
  • Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan Program kssr di tahun 1
  • Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tematik , bersepadu dan belajar melalui kaedah didik hibur
  • Memudahkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara fornal
  • Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak - kanak
  • Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta tingkahlaku pelajar


Jan 5, 2014

PERHIMPUNAN PERTAMA 2014

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

5 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1




 
 
Perhimpunan pertama sesi persekolahan bagi warga SK Kubang Kerian 1, telah diadakan pada pagi ini dengan penuh semangat, ceria dan berdisiplin. Sebagai ucapan sulung pembuka tirai persekolahan sesi 2014, Tn. Guru Besar, Tn. Hj.  Mohamed b. Che Noh telah menyampaikan sedikit pesanan dan amanat buat semua murid dan guru-guru untuk terus bersemangat, bekerjasama dalam menjayakan sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh sekolah sepanjang tahun 2014. Dalam majlis yang sama juga Tn. Guru Besar telah memaklumkan kepada warga sekolah 2 orang guru yang telah bertukar ke sekolah lain dan 5 orang guru baru yang mula mendaftarkan diri dalam minggu lepas. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan agar semua murid yang belajar di SKKK1 akan sentiasa mencapai kejayaan dalam setiap aktiviti atau bidang yang diceburi sepanjang tahun 2014 samada dalam Kurikulum atau Kokurikulum. Kepada semua guru beliau mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih diatas kerjasama, komitmen yang ditunjukkan sepanjang tahun 2013, dan semoga kejayaan yang diperolehi sepanjang tahun 2013 akan dapat diulang dan bertambah lagi di tahun 2014. Insyallah.


Jan 1, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2014

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

1 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Selamat kembali ke sekolah buat semua anak didik dan seluruh warga SK Kubang Kerian 1. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan murid-murid, ibu bapa dan semua warga SKKK1. Kepada anak-anak didik tahun 1 selamat menempuh alam persekolahan.

Senario Hari Pertama Persekolahan Sesi 2014





 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.