7 MAC 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Aktiviti Terapi Berkuda kali ke 2/2017 murid-murid PPKI SKKK1, telah diadakan pada hari ini untuk sesi 2017 bertempat di Yayasan Orang Upaya
Yokuk, Penkalang Chepa Kota Bharu. Aktiviti ini diadakan satiap minggu
bergilir-gilir dengan terapi air. Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah
satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap
sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu murid- murid
berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial
dan psikomotor.
Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996,
Peraturan- peraturan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan
‘guru- guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran,
masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas’ Matlamat utama
Program ini diadakan adalah untuk membantu murid- murid berkeperluan khas
meningkatkan nilai- nilai dalam aspek kehidupan serta meneruskan proses
perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap.
Objektif
utama aktiviti ini diadakan setiap minggu adalah :-
- Membolehkan murid meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.
- Melatih murid- murid khas bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran- kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
- Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment